Kanak Obes VS Ibu Hamil May18

Kongsi

Kanak Obes VS Ibu Hamil

Lihatlah sekeliling kita, tidak perlu lihat jauh-jauh. Setiap tahun kita lihat banyak kanak-kanak yang terlebih berat badan. Isu obesiti kanak-kanak merupakan satu isu global sekarang. Banyak kanak-kanak menderita masalah berat badan yang sama seperti orang dewasa. Jika ini berterusan, ini lah bentuk masa depan yang akan dicipta kelak. Isu ini semakin panas dibincangkan di Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Graf menunjukkan peningkatan ketara tahap obesiti di kalangan kanak-kanak

Kursus Kecergasan 2017

Kita sendiri pun mungkin rasa sukar untuk turunkan berat badan ketika usia pertengahan, remaja, dewasa apatah lagi jika mula obes ketika zaman kanak-kanak. Sudah waktunya menghentikan krisis obesiti yang meluas dan mengurangkan kos perubatan pada masa depan.

Pertama sekali kita harus mulakan dengan anak-anak kita. Jika mereka dilahirkan dngan badan yang cenderung untuk masalah obesiti maka mereka mempunyai sedikit harapan bagi mendapatkan berat badan yang sihat di masa depan mereka. Para penyelidik sedang mengkaji masalah ini dan telah telah menemui petunjuk untuk menghentikan masalah berat badan ini.

Mulakan penjagaan dari dalam rahim

Para penyelidik dari Sekolah Perubatan Harvard telah mengkaji bagaimana diet wanita hamil mempengaruhi berat badan anak mereka selepas 3 tahun. Dalam lebih 1000 wanita, mereka yang makan dalam jumlah yang tinggi asid omega-3 berasaskan marin ketika mereka hamil ditambah dengan jumlah yang lebih tinggi asid lemak perlu dalam darah tali pusat saat bayi mereka lahir adalah kurang cenderung melahirkan anak yang menjadi gemuk pada usia 3 tahun.

Walaupun perempuan mengandung ada makan ikan ketika mengandung tetapi bukan semua mendapat kandungan omega-3 DHA yang disyorkan sekitar 200mg sehari kerana kebanyakan ikan yang dimakan rendah omega-3. Makanan tinggi omega-3 lemak ikan seperti ikan salmon, trout, mackerel dan sardin. Telur juga mengandungi jumlah tinggi DHA hari ini.

Menurut kajian hanya 3% dari wanita hamil yang dikaji mengambil omega-3 dalam jumlah yang disarankan di saat hamil, khususnya beberapa bulan terakhir ketika sejumlah besar DHA dipindahkan daripada ibu kepada bayi untuk menyokong perkembangan otak dan mencegah obesiti.

Isu nasi lemak di kantin sekolah yang hangat diperkata

Secara keseluruhannya, peluang untuk anak kecil menjadi gemok ketika membesar adalah 32 peratus lebih rendah jika mendapat jumlah lemak omega-3 dan DHA yang cukup ketika mereka berada di dalam rahim.

Bak kata pepatah orang melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Membentuk anak biarlah dari saat belum lahir lagi. Ingat, kita sebagai yang dewasa ini, sebagai ibu-bapa, kita lah yang menentukan masa depan generasi akan datang.

Antara program di jalankan di Zaki Khan untuk kanak-kanak

Program Fit Kid

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube