Pengadil Tidak Puas Hati Dengan Peserta Nov19

Kongsi

Pengadil Tidak Puas Hati Dengan Peserta

Pengadil tak puas hati dengan peserta? Mesti ramai pelik, apa kes? Biasanya peserta tidak puas hati dengan pengadil.

Peserta Badang 1 Malaysia

Kursus Kecergasan 2017Terlebih dahulu, Pertandingan Badang 1 Malaysia baru sahaja selesai tadi. Sekitar 80 orang mengambil bahagian. Saya sendiri masuk. Saya tak mendapat tempat kerana tidak lepas buat 2 rutin. Rutin pertama berjaya, flip tayar sejauh 20 meter. Bila masuk rutin kedua, berlaku masalah teknikal, kasut tertanggal bila tarik pajero. Salah diri sendiri juga kerana tidak mengikat tali kasut dengan betul.

Selepas rutin kedua, berlaku satu pergaduhan sedikit dengan pengadil AHB. Sebenarnya, kalau ikutkan memang dah lama rasanya AHB cuba cari pasal dengan saya. Bila sampai pagi itu, tiada pula nampak dia cari pasal dengan saya. Mungkin takut sebab keseorangan, tetapi apabila Abang Man tiba, dia menggunakannya untuk menghentam saya. Isu dibangkitkan, apa lagi kalau bukan isu Mr World pasar malam.

Kalau tanya saya, isu dengan AHB ini mungkin dah agak lama. Saya pun dah tak berapa ingat sebenarnya. Mungkin berpunca apabila cerita dia kaki botol, kaki perempuan terbongkar dan kemudian datang pula seorang yang mungkin isteri keduanya yang tiba-tiba bertanyakan soalan pasal dia. Terus terang saya cakap, saya tak tahu cerita pun. Tiba-tiba keluar cerita pasal kahwin dua senyap-senyap, cerita dia kemalangan yang membawa kecacatan kerana mabuk dan sebagainya.

Nak dijadikan cerita, kerana tak puas hati dan panas hati, AHB menendang saya disitu. Saya tengah mood bertanding ketika itu, jadi tumpuan lebih pada pertandingan. Profesional lah sedikit dalam buat kerja. Sepatutnya jika tidak puas hati dengan saya, jumpalah selepas pertandingan. Apa salahnya? Saya menghormati penganjur, Tuan Syed Mashor. Minta maaf jika terjadi kekecohan tadi.

Kemudian timbul pula isu, pertandingan itu merupakan anjuran Persekutuan Bina Badan Malaysia. disebabkan saya pernah mempersoal Dato Gan, dia tak puas hati saya masuk pertandingan anjuran Persekutuan Bina Badan Malaysia. Betul ke? Kepada yang berada di sana, atau menyertai tadi, ada nampak tak di mana-mana logo Persekutuan Bina Badan Malaysia? Ada tulis di mana-mana tak Persekutuan Bina Badan Malaysia sebagai penganjur? Di borang tertulis Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, begitu juga di banting. Saya tak nampak satu pun nama Persekutuan Bina Badan Malaysia, kecuali nampak mereka membantu di sana, sebagai urusetia, pengadil. Saya minta maaf jika salah. Tapi saya memang tak nampak.

Disebabkan kes itu, saya dah hilang mood untuk teruskan. Tetapi masih juga teruskan dengan rutin akhir. Deadlift Kenari. Cuma mampu buat sikit. Apa-apa pun, tahniah pada yang menang. Tahniah juga pada sebuah gym yang mampu menghantar sehingga 20 peserta. Terkejut juga dengar jumlah peserta yang ramai. Saya tak pasti siapa yang menang kerana tidak menunggu sehingga habis, tetapi salah seorang daripada Team ZK mendapat tempat ke 4, Amran.

Nota: Apa pun, saya bersetuju dengan kata-kata kawan saya. AHB mungkin tak puas hati sebab dia pendek.

Antara wakil daripada Team ZK

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube