Senaman Beri Kesan Pada Ingatan Jul27

Kongsi

Senaman Beri Kesan Pada Ingatan

Terdapat kajian menunjukkan, larian berterusan boleh menyebabkan perempuan kurang daya ingatan. Kajian ini menunjukkan perempuan yang terlibat dalam aktiviti berlari seperti marathon, berenang, kalistenik mengalami kurang daya ingatan dan daya fikiran unik.

Aktiviti kardio yang sederhana meningkatkan daya mental seseorang. Ramai yang fikir jika sedikit itu baik, banyak lebih baik tapi tidak dalam kes ini. Kajian dibentangkan di Alzheimer’s Association 2009 International Conference berkenaan penyakit Alzheimer’s.

 

Kursus Kecergasan 2017

Para pengkaji bersetuju senaman mengurangkan risiko kanser payu dara dan pelbagai lagi penyakit. Apa yang dipertikaikan adalah kemerosotan hormon estrogen disebabkan senaman berlebihan.

Kajian berdasarkan analisis menerusi soalan dimana 90 peratus adalah perempuan berumur 50 hingga 63 tahun. Analisa ini mengambil kira tahap pembelajaran, aktiviti dan faktor-faktor lain.

Walau bagaimanapun, kajian ini tidak kukuh dan perlukan kajian lanjutan. Ada banyak faktor yang boleh beri kesan pada daya ingatan. Sebagai contoh, tekanan mungkin juga faktor yang merosotkan daya ingatan.

Sumber
http://www.webmd.com/fitness-exercise/news/20090715/strenuous-exercise-linked-to_memory-loss

Chapter-453-Senaman-kurang-daya-ingatan

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube