Sistem Tenaga 2

Bersambung dari
Sistem Tenaga

Glikolisis bermaksud pecah (lisis) glukosa. Karbohidrat yang kita makan dalam seharian membekalkan badan dengan glukosa yang boleh disimpan dalam bentuk glikogen dalam otot dan hati yang boleh digunakan kemudian.

Produk akhir hasil glikolisis adalah asid piruvik. Asid piruvik boleh disalurkan ke proses kitar Krebs atau ditukar menjadi asid laktik. Jika produk akhir adalah asid laktik, proses itu dinamakan glikolisis anaerobik dan jika produk akhir piruvik asid dinamakan glikolisis aerobik.Kursus Kecergasan 2024

Bagaimana pun, kehadiran oksigen cuma menentukan produk akhir proses sahaja bukan syarat untuk glikolisis. Antara nama lain dalam istilah fisiologi adalah, glikolisis cepat yang mana produk akhir adalah asid laktik dan glikolisis perlahan produk akhir asid piruvik. Glikolisis cepat menghasilkan tenaga pada kadar yang lebih besar berbanding glikolisis perlahan. Bagaimana pun disebabkan produk akhir glikolisis cepat adalah asid laktik, pengumpulan asid laktik menyebabkan otot menjadi letih.

Penghasilan asid laktik meningkat selepas 10 saat pergerakan bermula. Ini juga selari dengan menurunan dalam kekuatan maximal, ATP dan PCr mula digunakan. 30 saat aktiviti berterusan menggunakan glikosis cepat. Selepas 45 saat, berlaku penurunan kedua dalam kekuatan. Aktiviti seterusnya bergantung pada sistem oksidasi.

Sistem oksidasi mengandungi 4 proses menjanakan ATP

– Glikolisis perlahan (kehadiran oksigen)
– Kitar Krebs (kitaran asid sitrik atau kitaran asid tricarboxylic)
– Rantai electron
– Pengoksidaan beta

Glikolisis perlahan sama seperti glikosis cepat yang mana memetabolismekan glukosa untuk membentuk ATP. Perbezaannya adalah produk akhir asid piruvik ditukarkan ke satu bahan yang dipanggil asetil koenzim A jika dibanding dengan glikolisis cepat yang menghasilkan asid laktik. ATP boleh dihasilkan dengan menyalurkan asetil koenzim A ke kitar krebs.

(bersambung berkenaan kitar krebs)
Sistem Tenaga 3

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

8 thoughts on “Sistem Tenaga 2

  1. Hey! I simply noticed another message in another weblog that regarded like this. How are you aware all these things? That’s one cool post.

    1. Zaki Khan says:

      there r many web telling about this.

  2. Thank you for your great content today, I am really glad to find this website, thank you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: