Kongsi
Tuhun Tavakas 2012
JBorneo Tuhun Tavakas & Migazat Dukug Challenge 2012 baru sahaja berakhir pada 29 dan 30 September 2012. Pertandingan ini sudah masuk tahun ke 3 diadakan. Tuhun tavakas bermaksud Orang Kuat dalam bahasa Kadazan, manakala migazat dukug adalah Tarik Tali.
Pertandingan Tuhun Tavakas kali ini disertai oleh peserta daripada 4 negara iaitu Malaysia, Singapura, Brunei dan Filipina. Ia diadakan di JBorneo Native Village di Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah. Saya salah seorang peserta yang mencuba buat kali pertama. Saya tak dapat masuk top ranking tapi puas dapat sertainya dan menimba pengalaman. Mereka jauh lebih hebat. Kena berlatih lebih lagi.
6 rutin dipertandingkan iaitu,
1. Angkat kayu rumbia 80kg, 90kg, 100kg, 110kg, dan 120kg sejauh 15 meter ke atas lori.
2. Hercules Hold, 115kg. Tahan selama yang boleh.
3. Flip tire 450kg. 5 kali flip maksima.
4. Tarik lori 10 tan sejauh 15 meter
5. Angkat kayu balak 90kg, 100kg, 110kg, 120kg, dan 130kg sejauh 15 meter ke atas lori.
6. Atlas stone 110kg, 120kg, 130kg, 140kg, dan 150kg
Pertandingan Tuhun Tavakas 2012 dimenangi oleh Honesty daripada Sabah. Tahniah Honesty! Kalau berkesempatan, jumpa lagi tahun hadapan.
fuh, kuat betul
wah sdngkan nak buat badanpun makan blanja yg byk, klu mau jadi bgini lagilah parah blanja makan…..
jom test skali
tahniah Dato krna menyertai acara Tuhun Tavakas…
Slamat dtg ke Sabah…
Mungkin lepas ni Dato boleh buat seminar d Sabah??
Ada join skali ke hari tu? yg mana?
Kena ada yg organize kat sana. 😀
saya jadi penonton ja hari tu Dato… melilau mata nak tengo Dato secara live hehehe
apsal tak tegur. 😀