2 Pingat Emas untuk Malaysia – Thailand’s Strongest Man 2024

Pattaya – Malaysia telah memenangi 2 emas, 1 perang dan 1 gangsa dalam pertandingan Thailand’s Strongest Man 2024 pada 17 Februari lalu yang berlangsung di Pattaya, Thailand.

Malaysia menghantar 7 orang atlet ke pertandingan tersebut. Joyce (Heng Shu Xia) daripada Sabah menjulang emas untuk kategori wanita terbuka. Ini merupakan kejayaan ke 28 beliau dalam perjalanan beliau selaku atlet Strongman. Sebelum ini beliau banyak bertanding di luar dan membawa kebanggaan untuk negara. Choo Kok Wei daripada Perak, juga merangkul emas dalam kategori lelaki terbuka. Beliau juga merupakan atlet yang banyak menyumbang pingat untuk Malaysia termasuk sebelum ini dalam Taiwan’s Strongestman 2023.

Nur Aika Farina bt Harun (Johor) pula merangkul Perak bagi kategori perempuan di bawah 70 kilogram, dan Abiramy (Selangor) pingat gangsa. Atlet Malaysia yang lain, Muhamad Hanzalah Bin Hasran (Selangor), Hizad Bin Hazalan (Labuan) di tempat ke empat kategori lelaki di bawah 105 kilogram, dan Flavia Manie Luntak (Labuan) juga di tempat keempat kategori perempuan di bawah 70 kilogram.

Perjalanan ke pertandingan Thailand’s Strongestman 2024 kali ini ditaja oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia memalui Menteri Yang Berhormat Hannah Yeoh. Beliau dan timbalannya, Yang Berhormat Adam Adli menunggu dan merayai atlet pulang di Menara KBS. Selain itu, En Krishna Kumar, Presiden Kuala Lumpur Strongestman Association turut menaja dan membantu.

Terima kasih pasukan Malaysia Strongestman Association, En Zainurrazman, Presiden, Ahmad Amirul, Timbalan Presiden dan semua yang terlibat menjayakan. Tahniah semua atlet yang dipilih dan mengharumkan nama Malaysia.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: