4 Kantoi Mr Malaysia 2011

Saya mendapat info bahawa kononnya terdapat 4 orang kantoi dalam ujian steroid yang dijalankan kepada pemenang tempat pertama Kejohanan Bina Badan Kebangsaan Mr Malaysia 2011 yang berlangsung pada 23 dan 24 Julai 2011 di Dewan Jubli Intan Muar, Johor.

Sekadar gambar salingan: Branch Warren tarik diri daripada Mr Olmypia 2011 akibat kecederaan

Kursus Kecergasan 2025

Situasi ini sekaligus menjatuhkan nama sukan bina badan di Malaysia. Mungkin ramai tak nampak keburukannya. Mungkin ada yang akan cakap tanpa steroid badan tak boleh dan sebagainya. Mungkin ada yang akan bandingkan Malaysia dengan negara lain. Apa implikasinya pada sukan bina badan?

Orang akan pandang sukan bina badan sebagai sukan yang mempromosikan dadah. Bila mana orang pandang sukan bina badan mempromosikan dadah, susah untuk dapatkan peruntukan sama ada dalam bentuk sponsor, bantuan daripada kerajaan dan sebagainya yang mana secara tak langsung menjadikan sukan bina badan antara sukan termiskin dengan hadiah hamper makanan ringan. :). Jadi bila hadiah tak semegah mana, jangan persoalkan kata buat badan habis beribu tapi hadiah tak berbaloi.

Jangan bandingkan Malaysia dengan negara lain. Ada negara yang memperkenal sukan bina badan ke tahap profesional, ada kategori natural, ada kategori boleh pakai steroid dan sebagainya. Kita di Malaysia! Pandai pakai pandai simpan.

(jangan tanya saya siapa yang kantoi)

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

2 thoughts on “4 Kantoi Mr Malaysia 2011

  1. betul. bina badan di Malaysia synonim ngan steroid. pantang badan berketul ckit soalan pertama yg akan diajukan “ko ambil steroid ape?”
    pastu baru tanya makan apa, latihan mcm mana.

    ada yg bukan nak masuk bertanding tp ambil steroid ngalahkn Mr Malaysia pn ada kot.

    tapi temptation utk dapat hasil dlm tempoh yg seberapa segera sgt2 tinggi.
    🙂

  2. mmg dah lumrah manusia katakan…nak cepat, nak famous n nak megah dgn badan steroid..what todo la…btul ckp dato…xkan akan dtg hadiah skadar hampel2 ringan jea…sya yg nak komen ni pn rasa sakit hati jea….

Leave a Reply to ahmad Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: