Kemurungan dan Senaman

Mungkin sebahagian daripada kita berdepan masalah kemurungan atau anxiety. Masalah ini semakin meningkat dan mungkin membaca kepada masalah psikiatri yang lebih teruk seperti depresi yang seterusnya membawa ke masalah diabetik dan jantung.

Bolehkah mereka dengan masalah kemurungan bersenam?

Ada kajian menunjukkan senaman fizikal bantu mereka yang kemurungan. Kajian menunjukkan senaman aerobik sangat membantu. Kayuh basikal di taman, kelas menari, brist walk antara yang bantu masalah anxiety. Aktiviti sebegini bantu mereka yang sedang kemurungan untuk berdepan dengan acara seperti peperiksaan, perjumpaan, perbentangan dan sebagainya.

Bagaimana senaman membantu?

– Ia dapat alihkan pemikiran ke arah lain daripada memimirkan kita akan berdepan dengan apa
– Bantu kurangkan tekanan pada otot
– Meningkatkan dengupan jantung, meningkatkan anti-anxiety neurochemical termasuk serotonin, gamma aminobutyric acid (GABA), brain-derived neurotrophic factor (BDNF), dan endocannabinoid
– Senaman aktifkan bahagian hadapan otak yang main peranan dalam fungsi badan, kawal amygdala, sistem tindak balas badan terhadap ancaman
– Senaman bantu badan melawan emosi tidak stabil

Kursus Kecergasan 2024

Apakah jenis senaman yang sesuai?

Tak kisah sebenarnya. Ada kajian tunjuk kebaikan senaman daripada tai chi ke HIIT. Cuma digalakkan cari sesuatu yang kita rasa seronok. Mungkin bersenam bersama rakan-rakan di tempat yang selesa seperti di taman hijau dan sebagainya.

Kajian
https://onlinelibrary.wiley.com/doi/abs/10.1002/da.22915
https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/18723899/

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: