Kematian Mengejut Ketika Bersukan

Kes kematian mengejut (sudden death) semasa bersukan sering diviralkan. Kematian mengejut pada mereka berusia di bawah 35 tahun biasanya berkait rapat dengan masalah jantung. Mungkin sekitar 1/50000 berlaku pada atlet muda. Atlet pun berdepan risiko, apatah lagi bukan atlet. Bayangkan seorang yang dah tinggal lama senaman, atau jarang bersenam, tetiba bermain sukan intensiti tinggi, bagaimana jantung nak bekerjasama buat aktiviti tersebut?

Biasanya kalau kita tengok post mortem pada mereka yang mati mengejut di usia muda, kita akan dapat beberapa masalah jantung seperti;

Hypertrophic cardiomyopathy (HCM). Ia biasanya keturunan. Otot jantung menjadi tebal. Ketebalan ini mengganggu sistem elektrikal jantung menyebabkan jantung berdegup laju atau tidak normal (arrhythmias) yang mana boleh menyebabkan kematian mengejut.
Coronary artery abnormalities. Ada sesetengah orang dilahirkan dengan arteri jantung bersambung secara tidak normal. Arteri ini boleh tertekan ketika bersenam dan menyebabkan jantung tak dapat darah mencukupi.
Long QT syndrome. Masalah ini juga biasanya keturunan. Degupan jantung laju dan biasanya boleh menyebabkan seseorang pengsan.

Ada banyak lagi sebenarnya. Ada yang dilahirkan dengan masalah abnormaliti tapi tak dapat dikesan semasa kecil. Ada yang keradangan jantung disebabkan virus atau penyakit. Ada penyakit jarang berlaku seperti brugada syndrome, commotio cordis dan sebagainya.

Kursus Kecergasan 2024

Bagaimana mengesan atau mengelakkan masalah sebegini?

Tiada jawapan jelas. Biasanya mereka dengan sejarah keluarga pernah berdepan masalah jantung sewajarnya diperiksa. Mereka yang pernah pitam atau pengsan juga wajar buat pemeriksaan kesihatan. Mulakan aktiviti secara berperingkat. Bersenam dahulu sebelum bersukan. Bukan turun padang bermain bola. Bersenam bantu kurangkan risiko serangan jantung tapi bukan bermaksud menghilangkan risiko.

Senaman akan sasar 5 komponen kesihatan iaitu;

– Peratus otot
– Tingkatkan kekuatan
– Tingkatkan daya tahan otot
– Kelenturan yang baik
– Tingkatkan kekuatan kardiovaskular

Manakala sukan akan sasar komponen kemahiran iaitu;

– Ketangkasan
– Mobiliti
– Daya kekuatan
– Koordinasi
– Keseimbangan
– Masa tindak balas
– Kelajuan

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: