Fazim Juara JB Ultimate Strongman 2021
Johor Bahru – Pada 25 Disember 2021 telah berlangsung pertandingan JB Ultimate Strongman 2021 di anjurkan oleh Johor Strongestman Association bertempat di Redline Gym, Johor Bahru. 20 atlet telah mengambil bahagian dengan ramai muka baru mencuba sukan orang kuat ini. Syabas dan tahniah kepada semua yang berani sahut cabaran orang kuat. Bukan calang-calang. Berikut adalah keputusan pertandingan.

JB Ultimate Strongman 2021
1. Mohd Fazim
2. Haniff Mustaffa
3. Hanzalah
4. Irwan Annur
5. Fitry Hamzah
6. Ahmad Fazarie
7. Fadzli Ali
8. Aziz Idham
9. Muhammad Sameer
10. Siew Loon Allen Choi
11. Haykal
12. Syahmi Noh
13. Hafizul Yazid
14. Amir Farhan
15. Rasydan
16. Wong Weng Lok
17. Muhammad Fahad
18. Shahir Zulfikli
19. Bob Harun
20. Mohd Kaddafi

Acara dipertandingkan adalah Log Press, Farmers Walk, Yoke Walk Walk, Tyre Flip dan juga Arm Over Arm + Sled Push. JBUS 2021 ditaja oleh Enrich Fitness, San Suria, KKR Wear, Smart Gym Fitness dan Malayan Strength. Terima kasih kepada semua penaja.
Sekali lagi tahniah kepada semua atlet dan penganjur terutama Syahir Osman dan Azad Manas yang bertungkus lumus jayakan acara ini. JB Ultimate Strongman merupakan satu-satunya pertandingan strongman di Malaysia tahun ini berikutan negara dilanda pandemik. Tahniah kepada Mohd Fazim, menepati ramalan awal untuk menjuarai JBUS edisi pertama ini.






