Paras Creatinine Tinggi, GFR Rendah, Walaupun Rajin Bersenam

“Saya buat ujian darah, ada masalah creatinine dan GFR (CKD-EPI), bacaan tak cantik. Adakah saya ada masalah buah pinggang?”

Formula CKD-EPI (Chronic Kidney Disease Epidemiology Collaboration) digunakan untuk menjangkakan glomerular filtrate rate (GFR) daripada creatinine.

Senaman, terutama yang berintensiti tinggi boleh mengubah beberapa bacaan dalam ujian darah. Senaman boleh tingkatkan paras potassium, urea, creatinine, creatine kinase, lactate dehydrogenase (LDH), aspartate aminotransferase (AST), alkaline phosphatase, bilirubin, asid urik dan sel darah putih. Peningkatan bergantung kepada beberapa faktor seperti masa senaman, intensiti dan tahap kecergasan seseorang.

Creatine kinase adalah protin yang ditemui di setiap otot kita termasuk otot rangka yang bekerja dan jantung. Creatine kinase terlibat dalam penghasilan tenaga apabila diperlukan. Bila otot rosak disebabkan senaman, creatine kinase, myoglobin, potassium dan sebagainya masuk ke salur darah yang dibawa ke buah pinggang akhirnya untuk disingkirkan.

 

Senaman biasa peningkatan paras creatine kinase mungkin tak banyak sekitar 3 hingga 5 kali lebih daripada normal. Tapi jika buat senaman atau sertai acara seperti crossfit, larian marathon dan sebagainya, ianya mungkin meningkatkan sehingga 100 kali lebih banyak. Bahkan ada kes 1000 kali lebih banyak.

Jika peningkatannya 100 kali lebih tinggi, ia ambil masa sekitar 10 hari untuk turun ke normal. Ia sepatutnya turun separuh setiap 36 jam. Paras creatine kinase yang tinggi mungkin petanda masalah lain seperti kerosakan sel otot, dystrophy, hyperthermia, hypothyroidism, dan kesan toksik kepada dadah tertentu. Bila paras creatine kinase terlalu tinggi, boleh masuk ke kondisi yang dipanggil rhabdomyolysis.

Disebabkan itu, anda dinasihatkan untuk kurangkan senaman atau kerja berat sebelum buat ujian darah. Jika masih tinggi, mungkin petanda anda ada masalah. Dapatkan nasihat daripada doktor yang merawat anda.

Kursus Kecergasan 2025

 

Senaman sebelum pemeriksaan kesihatan juga boleh ganggu bacaan gula dan kolestrol. Bacaan paras LDL biasanya lebih tinggi selepas senaman. LDL adalah kolestrol tidak baik. Selain itu, minum alkohol dan hisap rokok juga mengubah keputusan ujian. Kajian menunjukkan paras nicotine yang tinggi meningkatkan paras HbA1c, ujian untuk diabetik.

Aktiviti berintensiti juga meningkatkan paras albumin, bilirubin, glukosa dan protin. Ada juga yang menurun seperti inflammation marker c-reactive protein (CRP). Ada juga kes melaporkan peningkatan paras prostate-specific antigen (PSA). Ia boleh melambangkan masalah prostat.

Rujukan

1. https://qxmd.com/calculate/calculator_251/egfr-using-ckd-epi-2021-update
2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4510210/
3. https://www.webefit.com/articles_900_999/article_925_BloodTestExercise.html
4. https://journals.physiology.org/doi/full/10.1152/japplphysiol.00189.2020#:~:text=Physical%20exercise%20may%20lead%20to,result%20of%20changes%20in%20GFR.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: