Makan Sikit Tapi Gemuk

Dah diet tapi berat makin bertambah?

Adakah anda berdepan masalah ini? Manusia ini 1 makhluk yang kompleks. Logiknya, apabila kalori lebih rendah daripada keperluan, berat akan turun. Ia adalah asas hukum thermodinamik. Jika kita rendahkan kalori terlalu drastik, badan akn rendahkan metabolisme, ia akan bakar lebih rendah kalori.

Jika kalori tak cukup, kita mengharapkan badan akan gunakan lemak sebagai sumber tenaga akan tetapi kebiasaannya ia akan pecahkan otot sebagai sumber tenaga. Hasilnya metabolisme mula merosot.

Jika anda berhasrat nak turunkan berat, jangan buat terlalu cepat. Dah biasa makan 3000 kalori, tetiba potong jadi 1000 kalori. Cukup sekadar potong 300 hingga 500 kalori.

Kursus Kecergasan 2021

Mengikut kajian, kebanyakan mereka dalam proses turunkan berat gagal melaporkan berapa banyak kalori harian mereka. Sukar untuk mereka mengira kalori dengan tepat berikutan majoriti makan di luar. Jadi ada kemungkinan kalori berlebihan daripada yang dikira.

Walau bagaimana pun, ada penyakit yang mungkin menyebabkan seseorang sukar turunkan berat seperti penyakit cushing, polycystic ovary syndrome dan hypothyroidism. Bincang dengan doktor anda jika anda berdepan penyakit ini. Ubat seperti steroid dan anti depresi juga boleh menyebabkan kenaikan berat badan.

Makan terlalu kurang boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti;

• tekanan darah dan kadar nadi tidak normal
• irama jantung tak normal
• rambut gugur
• kuku rapuh
• kitar period tak teratur
• anemia
• sukar fokus
• depresi
• bengkak sendi
• muka nampak tua
• kulit berkedut

Rujukan

1. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/19094249/

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 22 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: