Masalah Payudara Lelaki, Bagaimana Nak Buang?

Semua orang termasuk lelaki ada tisu tetek atau payudara. Tisu ini tidak membesar untuk kebanyakan lelaki. Walau bagaimana pun, ia boleh membesar disebabkan perubahan hormon, pengambilan ubatan tertentu, genetik, atau masalah kesihatan tertentu.

Nama perubatannya adalah gynecomastia. Ada yang panggil “man boobs” atau buah dada lelaki. Kajian mencadangkan cecah 65 peratus lelaki ada masalah ini.

Testosterone menghalang tisu payudara daripada membesar. Ia biasa berlaku pada kumpulan umur seperti bayi, remaja dan mereka di usia lebih 60 tahun. Ia adalah fenomena biasa pada bayi berikut estrogen yang melalui placenta daripada ibu ke bayi.

Ia juga adalah masalah biasa pada kebanyakan atlet yang guna steroid anabolik seperti hormon sintetik dan juga SARM yang boleh mengganggu keseimbangan hormon dalam badan.

Penambahan lemak di badan jika secara signifikannya menaikkan paras estrogen dan seterusnya menyebabkan tisu payudara membesar.

Kursus Kecergasan 2024

 

Selain itu, gynecomastia juga boleh disebabkan oleh;

• sesetengah ketumbuhan atau tumor
• genetik
• obesiti
• kelenjar tiroid terlebih aktif
• pengambilan ubat tertentu
• kekurangan hormon seksual
• syndrom kallmann
• masalah hati atau buah pinggang
• HIV
• masalah saraf tunjang
• penyalahgunaan bahan terlarang
• kanser payudara lelaki

Rawatannya bergantung pada apa yang menyebabkan sel payudara tersebut membesar. Jika disebabkan berat badan berlebihan, kena mula bersenam dan diet. Pembedahan adalah pilihan akhir dan boleh dilakukan melalui 3 cara iaitu subcutaneous mastectomy, liposuction mastectomy, atau lipsuction guna ultrasound.

Ada kes boleh guna ubatan. Doktor mungkin akan beri tamoxifen atau raloxifene. Apa-apapun, jumpa doktor untuk tentukan puncanya dahulu. Doktor mungkin akan buat ujian darah, ujian hormon, mammography, ultrasound, MRI, CT scan, X-ray atau ujian biopsi tisu payudara. Daripada situ baru dapat tentukan rawatan.

Baca juga entri gynecomastia.

Rujukan

1. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK430812/#article-37489.s9
2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6381901/

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: