Kasut Mengubah Struktur Kaki, Apa Perlu Buat?

Mengikut kajian yang dipamerkan dalam Journal of Archaeology, manusia mula memakai kasut 40,000 tahun dahulu. Bukti teori ini pada tulang kaki yang dijumpai.
Pakai kasut mungkin tambah risiko kecederaan. Kenapa? Cuba tengok gambar yang saya kongsikan, bagaimana perubahan boleh berlaku apabila dipakai untuk tempoh yang lama. Kebanyakan kasut tidak mesra kaki. Ia dicipta lebih kepada rupa dan fesyen.
Ada beberapa kajian menarik. Pertama, sekumpulan populasi tidak berkasut atau berkaki ayam Kenya dikaji. Dapatan kajian, mereka kurang berdepan kecederaan bahagian bawah badan, lebih tinggi dan rendah BMI. Mereka juga ada kaki yang kuat dan lebih lentur. Kedua, kumpulan berkaki ayam di India dikaji. Kajian mendapati kaki mereka lebih lebar. Apabila ibu jari masuk ke dalam ia gagal menjalankan tugas untuk stabilkan badan.
Betul ke kaki boleh berubah? Pernah tengok tradisi lama masyarakat China. Mereka pakai kasut kecil daripada kecil yang sekali gus merubah struktur kaki mereka. Mereka percaya lelaki lebih tertarik dengan wanita kaki kecil. Mereka juga percaya, lebih kecil kaki, lebih kuat otot vaginal dalam hubungan seksual. Begitulah konsepnya. Kebanyakan kasut direka untuk gaya. Bukan semua. Kini dah ada kasut yang lebih mesra kaki.
Kasut juga mungkin bawa perubahan pada postur. Kebanyakan kasut tinggi di bahagian tumit, tak kira untuk lelaki atau perempuan, daripada suku inci ke mungkin 5 inci. Ia memaksa daya menekan pada bebola kaki, pinggang bergerak ke hadapan, ter ‘over-extend‘ bahagian pinggang.
Masalah perubahan bentuk kaki mungkin jarang berlaku di Malaysia. Kita berkaki ayam di rumah. Biasanya berkasut ke tempat kerja sahaja. Tapi jaga-jaga jika anda memakai kasut untuk tempoh masa yang panjang. Selalu urut kaki. Boleh guna bola lacrosse atau yang hampir sama. Mulakan dengan duduk, dan kemudian berdiri di atas bola tersebut. Banyakkan aktiviti berjalan dengan kaki ayam. Jika ada modal, cari kasut bentuk tapak kaki. Kalau teruk, jumpa terapi fizikal atau fisioterapi berdekatan anda.
1. https://www.thearchaeologist.org/blog/meet-the-last-woman-in-china-who-followed-this-centuries-old-tradition
2. https://journals.lww.com/acsm-csmr/Fulltext/2017/11000/Foot_Structure_and_Function_in_Habitually_Barefoot.18.aspx
3. https://www.tandfonline.com/doi/abs/10.1080/19424280903386411?journalCode=tfws20