Apa itu Kalsium dan Apakah Fungsi Kalsium?

Banyak produk makanan terutamanya produk tenusu dan supplemen dijual sebagai produk yang mengandungi zat kalsium. Artikel ini berfokus kepada definisi dan fungsi kalsium pada tubuh manusia. Kalsium merupakan unsur kimia yang kelima paling banyak dalam tubuh manusia dimana terdapat sekitar 1000-gram dalam tubuh manusia dewasa normal. Kalsium memainkan peranan yang penting dalam proses mineralisasi sistem rangka, serta pelbagai jenis fungsi biologi dalam tubuh kita. Hampir semua (99%) daripada kalsium terdapat dalam sistem rangka manusia. Bakinya berada di dalam gigi (0.6%), soft tissue (0.6%), plasma (0.03%) dan cecair ekstraselular (0.06%). Bukan itu sahaja, malahan kalsium juga merupakan elemen penting yang hanya tersedia untuk badan melalui sumber external yaitu dari pemakanan. (1)

Ramai antara kita yang arif mengenai fungsi kalsium kerana telah dididik di sekolah yang kalsium adalah sangat penting untuk kesihatan tulang dan gigi. Tahukan anda yang kalsium juga memainkan peranan yang sangat penting dalam pelbagai fungsi biologi. Salah satu fungsi terpenting kalsium adalah sebagai bounding calcium yaitu sebagai satu pemegang struktur. Fungsi kalsium adalah dalam memberi ketegaran (struktur dan kekuatan) kepada sistem rangka manusia. Fungsi ketegaran ini disediakan oleh satu bentuk kalsium yang dikenali sebagai kalsium fosfat yang umumnya dikenali sebagai hydroxyapatite [Ca10 (OH)2 (PO4)6] yang merupakan satu jenis kristal dalam gentian kolagen. Manakala, di dalam tulang, kalsium mempunyai dua fungsi utama. Fungsi yang pertama adalah untuk memberikan kekuatan rangka dan fungsi yang kedua adalah dalam menyediakan stor dinamik untuk mengekalkan kandungan kalsium dalam intraselular dan ekstraselular. (2)

Bukan itu sahaja, malahan keperluan kalsium bergantung kepada keadaan metabolisme kalsium yang dikawal oleh tiga mekanisme utama yaitu penyerapan dalam usus, penyerapan semula oleh buah pinggang, dan bone turnover. Bone turnover adalah proses penyerapan yang diikuti oleh penggantian oleh tulang baru dengan sedikit perubahan dalam bentuk (modifikasi). Osteoklas atau proses pemecahan tulang membebaskan mineral, mengakibatkan pemindahan kalsium daripada tulang ke sistem vaskular tubuh manusia. Proses ini juga dikawal oleh satu set hormon yang berinteraksi, hormon paratiroid (PTH), 1,25-dihydroxyvitamin D (1,25(OH)2D), mengionkan kalsium dan reseptornya yang sepadan di dalam usus, buah pinggang, dan tulang. (2)

Ramai orang yang risau mengenai kekurangan kalsium dalam tubuh manusia. Kekurangan serum kalsium dalam tubuh kita menyahaktifkan reseptor kalsium dalam kelenjar paratiroid untuk meningkatkan rembesan PTH, yang bertindak pada reseptor PTH dalam buah pinggang untuk meningkatkan proses penyerapan semula kalsium. Dengan peningkatan serum kalsium, tindakan ini diterbalikkan dan tindak balas hormon ini mengurangkan serum kalsium dalam tubuh manusia. Mekanisme maklum balas negatif ini membantu dalam mengekalkan jumlah tahap serum kalsium dalam individu yang sihat.(2, 3)

Kursus Kecergasan 2025

Kekurangan kalsium yang akut boleh menyebabkan beberapa gejala. Tahap kalsium yang rendah boleh menyebabkan keletihan atau fatique, yang melibatkan kekurangan tenaga dan rasa lenguh secara keseluruhan. Kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan insomnia. Keletihan yang dikaitkan dengan kekurangan kalsium juga boleh melibatkan pening dan kabus otak yang boleh dicirikan oleh kekurangan tumpuan, kealpaan dan kekeliruan. Kekurangan kalsium yang kronik pula disebabkan oleh pengambilan yang tidak mencukupi atau penyerapan usus yang lemah adalah satu punca pengurangan jisim tulang dan osteoporosis. Osteoporosis ditakrifkan sebagai rangka penyakit yang dicirikan oleh pengurangan jisim tulang, peningkatan kerapuhan tulang dan mudah terdedah kepada patah tulang. (4)

Ramai orang yang bertanya, boleh tak pesakit atau individu yang menderita osteoporosis atau lebih dikenali sebagai tulang rapuh bermanfaat tak kalua ambil kalsium? Kajian oleh Reid et al melaporkan bahawa kalsium bertindak sebagai antiresorptif yang lemah, melalui menghambat rembesan hormon paratiroid. Ini berkemungkinan menjadi mekanisme yang melambatkan proses kehilangan tulang selepas menopaus dengan penggunaan suplemen kalsium. (5)

1. AZHAR FA, JAAFAR NHJIJoAHS. Assessment of dietary calcium intake among female university students. 2020;4(3):1440-8.
2. Peacock MJCJotAson. Calcium metabolism in health and disease. 2010;5(Supplement 1):S23-S30.
3. Nicolaysen R, Eeg-Larsen N, Malm OJJPR. Physiology of calcium metabolism. 1953;33(3):424-44.
4. Dan JCJTBB. Studies on the acrosome. III. Effect of calcium deficiency. 1954;107(3):335-49.
5. Reid IRJJobm. Should we prescribe calcium supplements for osteoporosis prevention? 2014;21(1):21-8.

Dr. Vishnu Raj .S

Vishnu Raj

Saya adalah Dokter perubatan ( MD, Hasanuddin University), pemegang ijazah sarjana Masters in Public Health (MPH, University of Malaya) dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT NASC) yang berminat dalam sukan bina badan dan pemakanan sihat. Objektif utama saya adalah memerangi ” Fad Diet ” dan ” Bro Science ” dengan mengongsi artikel yang disokong oleh fakta dan bukti saintifik.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: