Kesan Estrogen pada Otot Rangka Wanita

Hormone estrogen level measuring scale. Health care concept illustration. 3D rendering
Kedua-dua estrogen dan testosteron menyumbang kepada kesejahteraan otot rangka pada lelaki dan wanita, dan terdapat bukti bahawa kehilangan hormon seks dikaitkan dengan penurunan berkaitan usia dalam jisim otot rangka. Artikel kali ini fokus pada kesan estrogen pada otot rangka wanita.
Otot rangka mempunyai reseptor estrogen (ER) pada membran sel, dalam sitoplasma, dan pada membran nuklear. Adalah dipercayai bahawa estrogen memberikan kesan langsung pada otot rangka melalui ER?, namun terdapat kemungkinan bahawa estrogen mempengaruhi penyelenggaraan dan kesihatan otot rangka menggunakan laluan lain seperti laluan pengantara reseptor IGF-1. (1)
Pada wanita muda, estrogen mempunyai kesan ke atas metabolisme otot. Sesungguhnya, wanita mempunyai lebih ketahanan berbanding lelaki dalam acara larian jarak jauh, menggunakan glikogen yang lebuh sedikit dan lemak yang lebih banyak sebagai tenaga jika dibandingkan dengan lelaki. (1-3)
Kajian yang dilakukan ke atas tikus oleh Tiidus et al telah memberi estrogen kepada tikus jantan. Tikus jantan yang diberi estrogen boleh berlari lebih jauh di atas treadmill. Estrogen juga telah ditunjukkan untuk melindungi wanita muda daripada kecederaan otot dengan menstabilkan membran otot mereka. (2)
Kajian oleh Brown et al mencadangkan bahawa wanita mungkin mempunyai kadar kehilangan jisim otot dan kekuatan (muscular strength) yang lebih cepat pada fasa perimenopaus. Selain itu, otot rangka mempunyai bahagian ER? yang lebih tinggi pada otot jenis II atau fast twitch muscle fibres yang mungkin menjadi salah satu sebab untuk kehilangan saiz gentian otot jenis II yang lebih besar dikalangan wanita menopaus. Serat otot jenis I atau slow twitch muscle fibre mengekalkan saiznya sepanjang hayat wanita, manakala gentian jenis II mula menunjukkan atrofi pada dekad kelima.(1)
Ramai pembaca juga tertanya-tanya mengenai kehilangan jisim otot yang dipercepatkan dengan menopaus adalah disebabkan oleh penurunan dalam hormon testosteron dan bukannya penurunan dalam estrogen. Testosteron berkurangan dengan usia, tetapi nilai serum testosteron pada wanita menunjukkan penurunan terbesar sebelum menopaus. Oleh kerana itu, nampaknya tidak ada hubungan antara kehilangan jisim otot dan tahap testosteron yang lebih rendah dengan menopaus.(4)
Kesimpulannya, estrogen mempengaruhi jisim otot pada wanita. Untuk menggalakkan penyertaan wanita dalam gaya hidup aktif sepanjang hayat mereka, lebih banyak penyelidikan atau kajian diperlukan untuk menentukan cara pemakanan, latihan dan manipulasi hormon boleh digunakan untuk menggalakkan prestasi optimum wanita.
- Brown MJAipe. Skeletal muscle and bone: effect of sex steroids and aging. 2008;32(2):120-6.
- Tiidus PMJCJoAP. Estrogen and gender effects on muscle damage, inflammation, and oxidative stress. 2000;25(4):274-87.
- Bhasin S, Woodhouse L, Casaburi R, Singh AB, Mac RP, Lee M, et al. Older men are as responsive as young men to the anabolic effects of graded doses of testosterone on the skeletal muscle. 2005;90(2):678-88.
- Davison SL, Bell R, Donath S, Montalto J, Davis SRJTJoCE, Metabolism. Androgen levels in adult females: changes with age, menopause, and oophorectomy. 2005;90(7):3847-53.