Arif Khalil Mengungguli ZK Classic Strongman 2023
Pada 14 Oktober 2023 telah berlangsung ZK Classic 2023 sempena Hari Sukan Negara di Precint 4, Putrajaya. Ia merupakan kali ke 4 kejohanan sebegini diadakan bermula tahun 2016. Semoga ianya terus dijadikan acara tahunan Strongman di Malaysia. Pertandingan ini ada 3 acara dipertandingkan iaitu Yoke Walk, Farmer Walk dan Log Press.
Pertandingan format sebegini beri ruang kepada atlet untuk pecah rekod peribadi dan dalam masa sama menarik lebih ramai bakat baru mencuba pertandingan Orang Kuat ini, di mana mereka boleh memilih beban pertandingan. Seramai 28 atlit mengambil bahagian kali ini.
Pemenang
Kategori Lelaki
1. Muhammad Nur Arif bin Mohd Khalil
2. Wong Weng Lok
3. Azwan b. Abas
4. Ameer Hasnul Azmee bin Abd. Hamid
Kategori Perempuan
1. Abiramy
2. Damia Emilsya Binti Mohd Zakaria
3. Nor Razlin Binti Abd Rashid
4. Nurul Afifah Binti Mohd Sakri





