Amalkan Berjalan Kaki Setiap Hari untuk Badan Sihat
Kalau dikatakan kardio itu susah, latihan beban itu tidak ada masa, maka apa lagi alasan kita untuk tidak mengamalkan jalan kaki untuk menyihatkan tubuh badan? Setiap hari kita berjalan kaki. Tetapi, berapa jauh dan berapa banyak yang perlu kita jalan untuk sihat?
Artikel ini akan membahaskan cara-cara berjalan kaki yang efektif.
Ramai orang tidak sihat kerana tidak cukup senaman!
Dalam satu kertas kerja yang diterbitkan ada membincangkan secara terperinci tentang jalan kaki. Kertas kajian tersebut berjudul Walking – the first steps in cardiovascular disease prevention. Di bahagian pendahuluan, pengkaji mengatakan bahawa hampir sebahagian besar populasi adalah tidak sihat kerana tidak cukup bersenam. Mereka juga tidak berjalan kaki dengan secukupnya untuk mengoptimumkan kesihatan badan!
Menurut Morris dan Hardman, aktiviti berjalan kaki merupakan aktiviti paling tradisional untuk menyihatkan tubuh badan. Berjalan kaki juga adalah senaman paling bagus sebenarnya. Maka, tidak wajar senaman ini diabaikan sama sekali.
Menurut statistik, orang yang kurang berjalan kaki lebih cenderung terkena penyakit kardiovaskular berbanding orang yang banyak berjalan kaki. Statistik ini dapat dilihat seperti berikut:

Jangan, banyak-banyakkan berjalan kaki untuk mengelakkan penyakit kardiovaskular.
Berapa jauh perlu jalan? Berapa lama?
- Dalam BetterHealth Channel, kita disarankan untuk berjalan kaki sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Berjalan kaki bukan sahaja mengelakkan kita daripada terkena penyakit kardiovaskular, malah penyakit-penyakit kronik lain juga seperti diabetes jenis 2, serangan jantung dan sebagainya. Ingat, berjalan kaki adalah senaman berintensiti sederhana, maka tidak wajar dijadikan sebagai satu-satunya kaedah untuk menurunkan berat badan dan sebagainya. Senaman berintensiti sederhana ini sesuai untuk menyihatkan tubuh secara umum sahaja. Kalau anda mahu menguruskan badan dan seangkatan dengannya, maka anda memerlukan senaman berintensiti tinggi yang lebih daripada 30 minit.
- Dalam Prevention juga menyarankan kita untuk berjalan selama 30 minit setiap hari. Berjalan kaki bukan sekadar elok untuk tubuh badan, malah elok untuk mental dan mood kita. Hati kita akan lebih gembira dan mood kita akan lebih bersemangat. Jadi, elok juga kalau kita amalkan berjalan kaki sebelum ke tempat kerja.
yak 10 ribu langkah, akan tetapi tidak ada bukti saintifik untuk menyokong dakwaan ini. - EatingWell pula membentangkan kertas kajian terkini bahawa berjalan kaki yang menyihatkan badan adalah sekurang-kurangnya tiga ribu langkah.
Teknik Berjalan Kaki
Cara-cara berjalan kaki dengan betul adalah seperti berikut:

Kita mulakan dari atas:
- Tegakkan kepala
- Mata fokus ke depan dan atas jalan sejauh enam meter
- Tenangkan otot bahu kita
- Lentuskan siku 90 darjah
- Tidak perlu menggenggamkan tangan, biarkannya tenang
- Biarkan tumit mengawal perjalanan
Kesimpulan
Berjalan kaki adalah senaman paling mudah, tetapi mempunyai manfaat besar untuk badan kita. Selain daripada harta, badan yang sihat adalah satu matlamat terpenting. Jangan hanya mengejar duit, namun mengabaikan kesihatan badan. Sihat juga penyumbang terbesar kepada kebahagiaan.


