Dari Minat kepada Kemahiran: Peserta Tamat Kursus CGI di Cyberjaya

CYBERJAYA, 11 Oktober 2026 — Kursus Certified Gym Instructor (CGI) anjuran NASC telah selesai dilaksanakan pada 10 hingga 11 Oktober 2026 di Energym, Cyberjaya.

Kursus selama dua hari ini memberi tumpuan kepada pengetahuan dan kemahiran asas untuk membimbing latihan di gim secara selamat, teratur dan berkesan. Pengisian merangkumi prinsip latihan, teknik pergerakan, penyusunan sesi serta komunikasi profesional sebagai jurulatih. Melalui pembelajaran teori dan latihan praktikal, peserta berpeluang menghubungkan pengetahuan dengan aplikasi sebenar di gim. Penekanan turut diberikan kepada pemilihan latihan mengikut kemampuan individu serta kepentingan mengekalkan teknik yang betul.

Tahniah kepada semua peserta atas komitmen sepanjang kursus. Semoga ilmu yang dipelajari menjadi asas untuk terus meningkatkan kemahiran dan membimbing masyarakat ke arah gaya hidup lebih aktif. Penghargaan turut diberikan kepada Energym Cyberjaya atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan kursus ini.Kursus Kecergasan 2026

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: