Apa Itu PCOS?

Berat bertambah walaupun pemakanan tak berubah? Period tak regular, kadang kala tiada? Kulit pecah? Itu sebahagian simptom polycystic ovary syndrome PCOS pada sebahagian perempuan. Boleh dikatakan hampir 1/5 perempuan berdepan masalah ini.

Apa itu PCOS? Ia adalah kondisi di mana obari menghasilkan jumlah androgen berlebihan. Androgen adalah hormon lelaki yang biasanya sedikit pada wanita. Namanya mengambarkan banyak ketulan cyst yang hadir di ovari. Walaupun bagaimana tak semestinya ada cyst bentuk masalah ini.

Ovulasi berlaku apabila telur yang matang dilepaskan daripada ovari. Jika telur tidak digunakan sperma, ia akan keluar ketika period. Dalam sesetengah kes, perempuan tidak menghasilkan hormon yang cukup untuk ovulasi. Bila ovulasi tidak berlaku, ovari akan bentuk ketulan syst ini dan seterusnya hasilkan androgen.

Punca sebenar tak dikenal pasti. Kebanyakan perempuan dengan PCOS ada masalah rintangan insulin. Bermaksud badan tak boleh guna insulin dengan baik. Obesiti juga meningkatkan insulin. Insulin tinggi bermaksud androgen tinggi dan akhirnya simptom PCOS bertambah teruk. Ia boleh jadi keturunan atau tidak.

Simptom PCOS

– Period tidak regular
– Ovari lebih besar dan ada banyak cyst
– Terlebih bulu di badan, mungkin di dada, perut, belakang
– Berat bertambah, terutama di perut
– Jerawat atau kulit berminyak
– Rambut menipis atau membotak seperti lelaki
– Tidak subur
– Kulit berlebihan di leher atau ketiak

 

Kursus Kecergasan 2021

 

Bagaimana mengesahkannya?

Doktor akan periksa sejarah keluar dan buat peperiksaan fizikal termasuk periksa bahagian pelvik. Ujian termasuk ultrasound dan ujian darah.

Bagaimana PCOS dirawat?

Rawatan bergantung pada banyak faktor termasuk umur, tahap penyakit, dan kesihatan. Jika berhasrat untuk mengandung, memang kena ubah gaya hidup, turunkan berat badan. Ajar badan menggunakan insulin dengan lebih berkesan, rendahkan gula dalam darah. Proses ini akan bantu badan untuk ovulasi. Ada jua diberi ubat untuk ovulasi. Jika tidak merangcang untuk mengandung, biasa akan diberi pil perancang, ubat diabetik dan sebagainya.

Perempuan dengan masalah PCOS boleh bentuk masalah lain yang lebih serius seperti diabetes jenis 2, tekanan darah tinggi, masalah jantung, masalah salur darah dan kanser uterine.

Bolehkah mereka dengan masalah PCOS bersenam?

Boleh. Saya akan cerita lebih lanjut senaman yang sesuai dalam entri akan datang.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: