PCOS: Diet & Senaman

Bersambung daripada entri sebelum ini;
https://strengthsifoo.com/apa-itu-pcos/

Apakah senaman yang bersesuaian? Sebenarnya tiada apa yang luar biasa jika dibandingkan dengan perempuan lain.

1. Steady-state Cardiovascular. Lakukan pada intensiti 70 hingga 80 peratus untuk sasarkan bakar lemak, dalam masa sama bantu turunkan gula dalam darah.

2. Senaman HIIT. Buat latihan bercorak jeda. Intensiti tinggi diikuti rehat. Contohnya, burpees 1 minit, rehat 20 saat, ulang kembali benda yang sama ada berbeza.

3. Latihan Kekuatan. Buat latihan rintangan atau bebanan Boleh guna berat badan sendiri atau tambahan bebanan seperti resistance band, dumbbell dan sebagainya.

4. Latihan Badan-Minda. Buat latihan seperti yoga, pilates, tai chi, qigong dan sebagainya.

5. Regangan. Jangan lupa buat regangan. Ia dapat bantu kurangkan tekanan, pemulihan dan sebagainya.

Paling penting untuk pesakit PCOS adalah pengawalan diet harian. Makanan yang patut dimakan;

1. Makanan Rendah GI. Makanan rendah glycemic index GI tidak menyebabkan insulin meningkat tinggi atau cepat seperti karbohidrat lain. Contoh rendah GI seperti whole grain, kekacang, buah, sayur dan sebagainya.

2. Makanan anti-keradangan. Tambah makanan seperti minyak ikan, sayur hijau, minyak zaitun, berry dan sebagainya. Makanan begini bantu kurangkan keradangan.

3. Diet DASH. DASH adalah Dietary Approaches to Stop Hypertension. Antara pilihan diet DASH adalah ikan, buah, sayur, produk tenusu rendah lemak dan sebagainya. Diet DASH tidak menggalakkan makanan yang tinggi lemak dan gula.

Kursus Kecergasan 2021

Boleh juga masukkan makanan seperti makanan tidak proses, tinggi serat, ikan tinggi lemak, bayam, buah yang gelap seperti anggur, blueberry dan cherry. Brokoli, kobis bunga, kacang, legumes, almond, coklat gelap dalam jumlah terkawal. Anda juga boleh tambah rempah seperti kunyit dan kulit kayu manis.

Makanan patut dielakkan seperti gula segera, makanan bergoreng, daging proses, daging merah secara berlebihan dan lemak-lemak tepu. Tiada rawatan jelas untuk PCOS, tapi seseorang boleh mengawal simptom dengan gaya hidup yang sihat.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: