Asri Masih Berbisa – Juara Strongfit Johor

Hari ini berlangsung pertandingan Johor Strongfit Man & Woman (Tertutup Johor) 2023 di Redline Gym, Johor Baharu. Pertandingan ditaja oleh Denesh Exotic Sdn Bhd. Strongfit adalah pertandingan yang melibatkan stamina peserta. Peserta perlu bersaing dari segi masa untuk menghabiskan rutin-rutin ditetapkan.

Asri berjaya merangkul gelaran juara kategori lelaki. Bagi yang tak mengenalinya, Asri merupakan lagenda daripada Pontian, Johor yang banyak kali memenangi pertandingan Strongman sebelum ini.

Tahniah kepada semua pemenang. Masuk pertandingan pun dah cukup hebat. Anda berani mencuba. Tahniah juga pada penganjur, Johor Strongestman Association atas penganjuran.

Kategori Lelaki

1st – Asri 17 mata
2nd – Wong 16 mata
3rd – Shariz 12 mata
4th – Mahadzir 7.5 mata
5th – Firdaus 7 mata
6th – Denesh 3.5 mata

Kategori Perempuan

1st – Aika 26 mata
2nd – Athirah 24 mata
3rd – Damia 22.5 mata
4th – Hurun Ain 18.5 mata
5th – Norkhasida 17 mata
6th – Fatin 15 mata
7th – Asyikin 9 mata
8th – Azita 8 mata
9th – Atiqah 4 mata

 

Kursus Kecergasan 2021

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: