Azam Tahun Baru

Bila masuk tahun baru, rasanya tak sah kalau tak bicara tentang azam. Apa azam tahun baru anda? Dalam aspek kecergasan. Buat azam itu senang, tapi bagaimana mencapai azam? Sudahkan anda capai azam kurus tahun 2015 dulu?

Selamat Tahun Baru daripada IFBB Malaysia MBFA

Azam boleh gagal jika tiada plan pelaksanaannya. Contoh azam, “Aku berazam untuk kurus”. Apa definisi kurus pada anda? Boleh jadi turun 30kg, boleh jadi turun 5kg, boleh jadi turun peratus lemak 20 peratus dan sebagainya. Letak sasaran yang agak munasabah. Contoh tak munasabah, apabila anda set nak turun 100kg dalam masa sebulan. Penurunan yang baik sekitar 1 hingga 2kg seminggu. Penurunan terlalu cepat tidak baik, terutama untuk kulit. Anda nak kulit anda melambai-lambai?

Selepas letak sasaran besar, letak sasaran kecil setiap minggu, setiap hari dan sebagainya ikut pecahan yang sesuai. Kalau dalam sukan, ada kitaran makro, dan kitaran mikro. Bila ada sasaran, letak kaedah mencapainya. Adakah dengan bersenam, bersenam bagaimana? Bila kata bersenam, bukan bermaksud hentam sajalah. Ada kaedah senaman nak capai sasaran.Kursus Kecergasan 2024

Bagaimana pula dengan diet? Jangan terus jaga sebersih-bersihnya. Mula secara berkala. Mungkin dengan potong gula segera dahulu. Kemudian diikuti dengan porsi dan sebagainya. Mereka yang ubah diet secara mengejut biasanya tak bertahan lama.

Walaupun apa pun sasaran anda pada tahun 2019 ini, pastikan ianya berjaya. Takkan nak bawa ke 2020 pula?

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

2 thoughts on “Azam Tahun Baru

  1. Alghiffarohim says:

    Berat saya 45kg. Berapa kalori saya perlukan kalau nak naik 60kg?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: