Berat Naik Ketika Mengandung

Berat naik disebabkan mengandung? Mengandung makan untuk 2 orang?

Makan secara sihat dan seimbang membantu bayi dapat keperluan nutrisi yang diperlukan untuk membesar. Cuma sebenarnya berapa banyak kalori diperlukan?

Memang betul jika mengandung memerlukan kalori tambahan, akan tetapi ianya tidaklah sebanyak yang ramai fikirkan. Pada trimester pertama sebenarnya tak perlu pun tambahan kalori. Janin masih sangat kecil. Tidak perlu kalori yang sangat banyak.

Masuk trimester kedua, badan memerlukan sekitar tambahan 300 kalori sehari. Tanya doktor yang menjaga anda, berapa berat sihat yang anda perlu naikkan. Secara am, anda akan naikkan 1 hingga 1.8 kg berat pada trimester pertama.Kursus Kecergasan 2024

Anda akan tambah sekitar 11 hingga 15 kilogram jika anda memiliki berat badan purata. Manakala 12 hingga 18 kilogram untuk mereka yang memiliki berat badan rendah dan 7 hingga 11 kilogram untuk mereka yang berlebihan berat badan. Jika anda tambah berganda-ganda, menunjukkan peningkatan tak sihat. Ianya boleh bawa masalah pada kandungan tersebut.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: