Badan Jadi Sebab Steroid

Bila tengok badan seseorang jadi, tengok orang kuat, ada lah netizen yang kata, ‘steroid‘. Adakah cucuk steroid badan terus jadi macam Arnold Schwarzenegger?

Dalam satu kajian, menggunakan 43 lelaki di antara 19 dan 40 tahun yang tak pernah ambil steroid. Ia dipecahkan kepada 4 kumpulan, selama 10 minggu.

1. Kumpulan tak bersenam, terima cucuk testosteron tiruan (placebo)
2. Kumpulan tak bersenam, terima cucuk testosteron 600mg enanthate seminggu
3. Kumpulan bersenam, terima cucuk testosteron tiruan (placebo)
4. Kumpulan bersenam, terima cucuk testosteron 600mg enanthate seminggu

Apa hasilnya? Mereka yang ambil testosteron dan tak bersenam, tambah 10 peratus otot. Mereka yang ambil dan bersenam tambah 14 peratus otot. Ya, dos testosteron yang tinggi mampu buat begitu. Bagaimana dengan kumpulan placebo? Kumpulan bersenam tambah 3.5 peratus otot. Bermaksud di sini, kumpulan tak bersenam ambil testosteron tambah lebih banyak otot. Otot mereka naik di trisep dan quadrisep.

Bagaimana pula dengan kekuatan?

Dalam kajian yang sama, mereka tak bersenam tambah kekuatan squat 12.5kg. Boleh kata semua angkatan meningkat. Mereka yang bersenam tingkat lebih banyak walaupun tanpa steroid.

 

Boleh ke steroid buang lemak tanpa latihan?

Dalam kajian lain, 7 peserta bukan atlet di kajian untuk 12 minggu. Mereka di cucuk dengan testosterone enanthate dengan dos 3mg/kg, ikut berat badan. Makna kalau berat 100kg, mereka dimasukkan 300mg seminggu. Hasilnya, tanpa senaman mereka turun 3.4kg lemak.

Adakah kesannya berterusan?

Kumpulan 7 orang ini, diuji kembali selepas 5 bulan bersih. Komposisi badan mereka berubah kembali. Mereka hilang segala pertambahan otot dan tambah lemak kembali.

Apa kesimpulannya? Ya, anda boleh bina otot tanpa senaman dengan steroid. Tanpa takdelah sampai jadi sebesar ahli bina badan. Akan tetapi anda kena ingat, kesan sampingannya pun sama besar. Berbaloi ke?

Kajian
1. https://www.nejm.org/doi/full/10.1056/nejm199607043350101
2. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/1727963/

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 22 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: