Sakit Bahu

Hari ini kita cerita tentang shoulder impingement, sakit di bahu disebabkan tendon atau bursa bergesel dengan scapular atau tulang belikat. Masalah ini mungkin terbentuk disebabkan pergerakan tangan di atas kepala seperti berenang, badminton, angkat berat dan sebagainya.
Biasa juga dipanggil
– shoulder impingement syndrome
– rotator cuff tendinitis
– swimmer’s shoulder
Apa simptomnya?
Sakit bila angkat tangan melepasi paras bahu. Sakit bila mengerakkan tangan ke belakang. Sukar untuk tidur bahagian sebelah yang sakit. Jika tidak dirawat segera, ada kemungkin tendon dalam rotator cuff akan koyak. Ia akan jadi semakin teruk.
Rawatannya?
– rehat
– nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs)
– hot pack
– terapi
– elastic therapeutic tape
– pembedahan (bagi kes teruk)
Senaman apa patut di buat?
Cuba senaman ini;
– Berdiri dengan tangan di sisi dengan tapak tangan menghala ke hadapan. Tekan tulang belikat untuk rapat dan tahan 5 hingga 10 saat.
– Regangkan tangan ke depan, gerak ke hadapan guna bahu sahaja, kemudian gerakan ke belakang sejauh mungkin tanpa bengkokkan tangan.
– Pegang rangka pintu, tahan pakai tangan. Kedudukan tangan atas sedikit daripada paras bahu. Pusingkan badan anda sehingga anda rasa tegang pada bahagian bahu dan tahan.
Tengok gambar di bawah jika arahan tak di fahami. Jangan paksa diri bersenam selagi sakit tak berkurang atau hilang.