Bolehkah Saya Ambil Paracetamol Ketika Mengandung?

Adakah penggunaan paracetamol selamat untuk ibu mengandung?

Paracetamol atau acetaminophen adalah antara ubat yang biasa digunakan untuk sakit bersifat rendah ke sederhana termasuk untuk demam. Ia kategori kelas ubat yang bertindak sebagai analgesic (tahan sakit) dan antipyretic (kurangkan demam). Ia digunakan secara meluas juga di hospital untuk perempuan mengandung. Ada banyak kajian berkenaan penggunaan paracetamol ini. Buat masa ini, ia dimasukkan dalam kategori selamat dengan dos terkawal.

Walau bagaimana pun, kajian baru bermula 2018 menunjukkan paracetamol bahaya untuk janin atau kandungan. Pengkaji dari beberapa universiti mendapati, wanita hamil yang mengambil dos paracetamol berlebihan boleh mempengaruhi pembentukan neuro, IQ bayi dan tambah risiko ADHD serta autisme. Ia boleh mengganggu kesimbangan hormon di dalam uterus.

Ada 9 kajian berbeza melibatkan 150 ribu ibu dan bayi. Kajian mendapati paracetamol diambil ibu mengandung menyebabkan bayi yang dikandung boleh alami masalah pertuturan, lambat bercakap sehingga 6 kali ganda. Risiko ADHD meningkat sebanyak 30 peratus dan autisme 20 peratus.

1 kajian dengan 2508 subjek yang menggunakan paracetamol menunjukkan ibu mengandung berdepan risiko kena preeclampsia. Preeclampsia adalah masalah tekanan darah yang meningkat ketika mengandung. Mereka juga biasanya ada masalah proteinuria, protein tinggi dalam air kencing. Ia biasanya terjadi selepas 20 minggu mengandung. Ia boleh beri kesan negatif pada organ dan boleh jadi bahaya pada ibu mengandung dan juga anak.

Kursus Kecergasan 2024

Walau bagaimana pun, disebabkan kurang alternatif ubat yang boleh digunakan untuk sakit dan demam, paracetamol masih dikategorikan selamat dengan dos yang sangat rendah pada jangka masa yang pendek. Dapatkan nasihat doktor untuk penggunaan paracetamol semasa mengandung. Bukan hanya paracetamol, ibu mengandung disarankan dapat nasihat doktor jika ingin guna apa-apa ubat sekali pun.

Kajian
1. https://www.semanticscholar.org/paper/Prenatal-paracetamol-exposure-and-child-A-review-Bauer-Kriebel/8b8837390495b8f148b28ea28d0fac76aeb0a12e
2. https://academic.oup.com/aje/article/187/8/1817/4980325?login=true
3. https://bmcpregnancychildbirth.biomedcentral.com/articles/10.1186/s12884-020-03490-x
4. https://www.nature.com/articles/s41574-021-00553-7

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: