Bagaimana Kecilkan Muka?

Muka seolah-olah mencerminkan diri kita. Kebanyakan gambar pengenalan, hanya tangkap gambar muka. Bagaimana mengurangkan lemak di muka? Dah diet bagai nak rak, badan dah ramping tetapi muka tetap bulat?
Terdapat banyak cara mengurangkannya termasuk pembedahan, urutan dan sebagainya. Hari ini saya nak cerita tentang senaman dan pergerakan yang membantu. Tahukah anda terdapat senaman muka yang membantu? Pernahkah anda fikir, senyuman juga membantu?
1. Senyum
Tahukah anda senyuman mengerakkan sebahagian besar otot di pipi. Caranya agak mudah. Cuba ulang proses senyum itu sebanyak yang mungkin. Amalkan setiap hari.
2. Senaman Pipi
Mulakan dengan meletakkan tiga atau empat jari pada pipi dan tekan. Pada masa sama, cuba senyum sebesar mungkin. Lakukan 10 hingga 25 ulangan setiap set. Boleh buat 4 hingga 5 set sehari. Tangan merupakan rintangan dalam senaman ini.
3. Bibir
Cuba muncungkan bibir seolah-olah hendak bercium. Tanpa menggerakkan muka, cuba cium ke kanan dan ke kiri. Lakukan gerakan ulangan ini sebanyak 20 kali. Cuba buat dalam 4 hingga 5 set sehari.
4. Sedutan
Cuba sedut dan tarik pipi anda rapat dengan gigi dan tahan sekitar 5 saat lalu lepas. Ulang gerakan ini sebanyak 20 kali dalam 4 hingga 5 set.
5. Senaman O
Buka mulut seluas yang mungkin. Gerakkan bibir ke depan dalam bentuk O seolah hendak bersiul. Kembali ke keadaan asal. Ulang gerakan ini dalam 20 kali dalam 4 hingga 5 set.
6. Gula-gula getah
Dapatkan gula-gula getah tanpa gula. Kunyah gula-gula tersebut walaupun tiada rasa lagi. Lakukan 20 minit sehari. Gerakan ini jika dilakukan berlebihan akan membentuk otot di atas pipi.
7. Kembong
Dengan mulut tertutup, kembongkan pipi anda. Ulang gerakan ini 20 kali dengan 4 hingga 5 set.
Kebiasaannya, lemak di pipi akan menurun dengan diet yang betul. Andai kata tidak turun, ada kemungkinan, itulah bentuk rupa muka anda. Manusia dicipta dengan kepelbagaian rupa. Ada yang petak, bulat, bersegi-segi, lonjong dan sebagainya. Bagi seorang yang tidak dalam tempoh diet, kenali dan kurangkan makanan yang mungkin menyebabkan pipi naik seperti coklat, aiskrim dan pelbagai lagi yang manis.
amboi dato, letak gambaq marka nampak?
btoi bro.. marka paa…. =)
😀
perghhh…gmbr yg last skali nie memblat kan muka lg ade la…hehehehe (^_^)
contoh, supaya makan makanan begitu. 😀
cait! kejam nyer!!!!!
lalala
suka hati jek curiK gaMba kt FB ye…sampai hati!gamba lama kot! skrg da slim taw! huuuu..
haha. gambar sebagai pengajaran. bila makan camtu, jd camtu. skrang dah slim. erk, ye ke? 😀
wawawa…slim la dr ZK..hee
ye ke? x perasan pun. haha
oit..dato nie iklan senyum ke..senyum dah manis tp….jenis makanan tu….ermmm xbrape manis..huhu…ada no tel x…hehehehe
jgn lebih2. 😀
fuh, awek dato ka tu?
erk
hahaa~ untong laa yg gambar last tuh kan…haha
untung?
hahaha
dato…
jom gi mcd..hehe
jom2. aku xde hal kalau ada org nak belanja ni. 😀
chickeN ProSperiTY!
bila mcd je mesti dia suka. sesuai ngan gambar tu. haha
hahhaha…silap silap…. =p
Terbaiklah dato, soalan saya utk topik ni.. Dah sampai seru tu, sampai
bila dato nak hidup membujang.
soalan cepuk emas tu. 😀
kene buat video laa utk senaman muka ni,, plissssssssssssss… baca pon tak bape paham ni…..
boleh diusahakan
DaTo ZK jd ModeL..meSti cumel!hee
fara kan ada. haha
uiks…xnk la..nnti femes ZK!hahaha
hahaha.. ada rupanya senaman muka ekk.. baru taw.. hehe.. tq sbb share info ni..=)
lemak di bwh dagu biasanya hilang klu rajin lari 3km setiap 3-4 hari insyaAllah
kebiasaanya begitu, tp ada kes tak hilang
nak cubalah
ada cara nak besarka muka x?
xreply pun dato ni?
besar gemok, bulat? mkn coklat byk2. 😀
ok..tq 🙂
bkn ape dato, bntuk tengkorak muka sy kecil, bila muka sy kurus mmang tah pape..cengkung..tu sbab sy suka bila muka sy berisi..hehe
Cam kenal jew aweq 2…
kiut btol gmba last tuhc .. ZK xnk kerr ??
apa maksud xnak tu?
xnak apenyer..tu lah zaki khan pnye gf..hehe
mana ada. kawan je tu
dulu muka sya bujur tp bila meningkat remaja …rahang tiba2 jd besar dan muka saya nampak bulat…senaman ni bole bantu x..??
lemak x bertambah? boleh cuba.
Alhamdullilah, pernah buat latihan yg seperti di atas, sekarang ni pipi saya dah kurang ketembamannya.. hee XD
Mai buat senaman ini ya. Tqsm ajarin saya pak
Can I ask something?
what?
Nk buat sume excersise dlm 1 hari ke?
boleh juga.
Hi sir…boleh sir tolong dedahkan cara untuk menjadi tinggi walaupun sudah mencapai umur 20 thn …please
tgk entri http://zakikhan.net/tambah-tinggi/