Body Dysmorphia di Malaysia: Bila Suka Gym Jadi Obsesi?

Ramai orang mula masuk gim sebab nak sihat, nak fit, nak ada bentuk badan yang cantik sikit dari sebelumnya. Itu normal. Tapi… bila semua dah jadi tak cukup, badan dah berketul pun masih rasa “tak cukup besar”, “tak cukup cutting”, “kena top-up steroid lagi”, atau “kena kurus lagi walaupun dah tinggal tulang” — itu kita dah masuk zon lain iaitu body dysmorphia.

Apa Itu Body Dysmorphia?

Secara ringkas, Body Dysmorphic Disorder (BDD) adalah gangguan mental di mana seseorang terlalu fokus pada kekurangan fizikal mereka (yang kadang-kadang langsung tak wujud pun) sampai mengganggu kehidupan harian.

Ini bukan sekadar tak puas hati sikit-sikit dengan badan — ini dah tahap obses. Hari-hari tengok cermin, snap gambar sampai beratus-ratus, ubah diet keterlaluan, dan mula abaikan kerja, keluarga, bahkan kesihatan demi ‘perfect body’ yang tak wujud pun.

Versi Gymbro: Muscle Dysmorphia

Di kalangan lelaki — terutama yang kuat gim dan suka angkat berat — bentuk paling biasa ialah muscle dysmorphia. Rasa badan terlalu kecil walaupun orang lain tengok dah macam Thanos.

Ramai yang mula ambil steroid secara senyap, lepas tu ‘cycle’ tak berhenti-henti sebab rasa ‘lean’ tu makin hilang, kekuatan jatuh sikit pun dah jadi murung seminggu. Bila cut – depressed, bila bulk – insecure. Tak habis-habis.

Tanda-Tanda Body Dysmorphia

Kalau anda atau kawan anda ada beberapa tanda ni, elok ambil perhatian:

  • Habiskan berjam-jam sehari tengok cermin atau ambil gambar badan sendiri.

  • Rasa cemas, malu, atau rendah diri bila tengok badan orang lain.

  • Tukar-tukar baju banyak kali sebelum keluar sebab rasa tak cukup fit.

  • Terlalu kawal makan sampai menyiksa diri sendiri, bukan sebab sihat.

  • Steroid, fat burner, atau suppleme berlebihan tanpa nasihat profesional.

  • Tak keluar rumah, tak join aktiviti sosial sebab rasa badan belum ‘on point’.

Apa Puncanya?

Antara faktor besar:

  • Media sosialfilter, lighting, posing semua menipu. Tapi otak kita terpedaya juga.

  • Fitness influencer – ramai mempromosi gaya hidup yang tak realistik dan berasaskan steroid tapi tak pernah mengaku.

  • Komuniti gim toksik – bila ‘fit’ tak cukup, ‘sado’ pun tak cukup. Kena ‘freak’ baru dipandang.

Kursus Kecergasan 2024

Jangan Salah Faham: Nak Badan Cantik Boleh. Tapi…

Saya bukan nak kecam orang yang jaga badan. Saya pun dalam dunia kecergasan.

Tapi bezakan antara:

  • self-discipline vs self-hate

  • motivasi vs obsesi

  • goal sihat vs perfectionism tak masuk akal

Kalau anda tak nikmati langsung proses tu, sampai mental dan hubungan anda hancur, anda bukan sihat — anda terseksa.

Apa Boleh Buat?

  1. Berhenti bandingkan badan anda dengan orang lain — kita semua ada genetik, hormon, dan fasa hidup berbeza.

  2. Unfollow akaun yang buat anda rasa rendah diri.

  3. Jumpa kaunselor atau psikologis sukan kalau perlu — mental health bukan benda remeh.

  4. Fokus fungsi badan — boleh angkat berat? boleh main dengan anak? boleh panjat bukit? Itu jauh lebih bermakna.

  5. Rehat. Makan. Hidup. Bukan semua benda dalam hidup kau perlu revolve sekitar mirror selfie.


Penutup

Kecergasan sepatutnya buat anda lebih sihat, bukan lebih hancur. Kalau anda rasa anda terperangkap dalam minda yang asyik cakap badan anda “tak cukup bagus”, mungkin dah sampai masa untuk berhenti, tarik nafas, dan fikir semula.

Bukan semua progress nampak di cermin.

Kadang, progress sebenar… adalah bila anda boleh tengok diri sendiri dan rasa cukup.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: