Cara Mencederakan Diri di Gym
Terdapat beberapa cara mudah mencederakan diri anda di dalam gym. Bagaimana?
1. Berlatih dengan Bebanan Melampau
Tentu seronok rasanya mengangkat beban yang melampau. Boleh berlagak dengan kawan-kawan. Boleh rasa bangga bila mengangkat bebanan depan awek cun, siap boleh bersiul. Tak mampu angkat tapi masih tak sedar diri.
2. Melakukan Senaman dengan Cara yang Tidak Betul
Kata pepatah mengatakan, malu bertanya sesat jalan. Dalam gym, malu bertanya, atau ego untuk membetulkan kesalahan, masuk hospital.
3. Menggunakan Peralatan yang Tidak Betul
Bila di gym, tengok peralatan di mana talinya sudah hendak putus pun kata, ‘takpe, boleh tahan lagi itu’. Bersenam pula dengan kasut yang tidak sesuai atau lebih baik, berkaki ayam. Sampai sekarang saya pelik, bagaimana di Malaysia, ada gym yang membenarkan pelanggan mereka tidak memakai kasut.
4. Tidak Meregangkan Badan
Ramai rasanya yang tidak suka meregangkan badan sehingga mencecah satu tahap di mana berlaku tarikan di mana-mana bahagian badan. Bila berlaku tarikan pun, masih tersenyum dan kata, ‘takpe, boleh urut nanti’.
5. Tidak Makan Cara Betul atau Cukup
Berlatih bagai nak rak, tetapi makan macam orang sakit. Kekurangan nutrisi boleh menyebabkan cedera atau mungkin sakit. Bila ditanya pasal makanan, ada sahaja jawabnya, ‘dah makan mcd tadi’.
6. Tidak Cukup Rehat
Setiap hari berlatih, berlatih dan berlatih. Entah bila masa dia berehat. Sehari gym tutup, boleh maki pengusaha gym. Tak senang duduk dibuatnya bila tidak ke gym.
7. Bergurau di Dalam Gym
Ada masanya mungkin boleh bergurau, tetapi kebanyakan masanya lebih baik jangan bergurau di dalam gym.
8. Mengabaikan Otot-otot Tertentu
Ini biasa. Siapa lelaki yang buat senaman kaki? Boleh kata terlalu kurang. Setiap kali ke gym, latih dada dan bisep. Begitu juga perempuan, setiap kali bersenam, joging 5 jam, sit-up 10 ribu kali.
9. Tidak Fokus
Ketika berlatih, masih main sms dengan awek. ‘Hi, awak buat apa itu sayang?’. Di atas treadmill pun boleh bergayut bercerita pasal perniagaan. Masa itu emas katanya.
10. Mengabaikan Kecederaan Lama
Kekadang, manusia ini terus lupa yang dirinya pernah cedera di bahagian-bahagian tertentu. Bila terjadi kecederaan, baru perasan. ‘Eh, aku pernah kena slip disc la dulu ketika terjatuh di tandas’.
Cantik Neelofa tu dato’…..he3
memang cedera parah kalau sedang angkat berat tapi mata asyik fokus kat pompuan secantik neelofa 😉
bahaya..bahaya..
dapat no 5 lah, : (…..
aslmkm dato.sy seorng student.makan jadi masalah.dalam sehari dpt mkn tghari n malam je.mcm mane tu dato?
saya pernah tulis topik ni dlm entri
http://www.strengthsifoo.com/corak-pemakanan/
lengkapkan keperluan nutrisi, jika x boleh buat sekerap mungkin, tp cuba at least 3 kali, breakfast, lunch n dinner
hand wrist ni da nak dekat sebulan twisted.. kalau angkat barbell pon mampu kat 37kg.. kalau lebih mesti sakit gile dato.. da pg klinik 2 kali.. ubat yang sama bg..tp x ilang2.. kalau nak rest seminggu takut training da lari plak.. ari tu da rest 3 hari.. tp xnak ilang gak.. bile angkat sakit balik.. ada cara x dato??
kalau ke klinik, ubat diberi, pain killer, xkan solve problem tu. cuma tahan sakit sementara. kalau ada bengkak, buh ais dulu, lepas tu dptkan therapist/chiro/tukang urut yg boleh betulkan masalah tu.
kalau urut kg leh caya ke dato? takut lari lg teruk.. =(
boleh, tp mcm x semua. cari yg betul2 boleh buat
dato, saya bermula latihan bebanan di gym pada ketika saya masih baru lepas pembedahan lutut, PCL kira2 5 bulan lepas.. ketika memulakan latihan pada masa itu saya masih bertongkat.. kini saya masih mengenakan brace pada lutut saya namun hanya untuk latihan sahaja.. adakah itu masih boleh dimaafkan jika tiada latihan bebanan saya lakukan pada kaki.. (cuma ada ketika cycling)
latihan bebanan tidak terikat pada latihan di gym sahaja.
utk PCL, ada latihan tertentu yg boleh dibuat.
seperti menggunakan tuala.
sepatutnya ada diajar semasa rehab.
ada buat rehab tak?
ya.. dan masih lagi meneruskan fisioterapi cuma kaki masih belum boleh dilipat habis. so tak dapat sertai badang
teruskan dulu fisio. proses pemulihan mungkin mengambil masa. kerapkan fisio, selang sehari jika mampu. lupakan badang dulu. 🙂
gambar bawah yg paling last tu yg paling cun.rasa terus ada kene mengena dgn entri hahahah
stim plak tgk neelofa nih.. dhla sdara sdiri haha..
sy suka neelofa
salam dato’..sy inginkan nasihat dan pandangan dato’ ttg musibah sya alami di gym smlm..begini, sy berlari d treadmill lbh krg 5mnt kmudian trus sy brhenti dan pergi kayuh basikal statik dlm gym..lps 2 sy trus buat stretchin..sms sy buat beberapa stretchin..sy mula rs tak sdp bdn.rs letih dan kpala seperti brt..muka sy pucat..lps 2 sy trus pitam..bdn sy seolah2 mengelupur..then sy sdr nga sndri tanpa bantuan dr sesapa..hrp dato’ blh bg pndgn…terima kasih dato’
bila last makan? kemungkinan gula drop sgt rendah.
Satu lagi cara utk cedera dlm gym is performing any move with barbell, WITHOUT using the lock. Saya pernah tgk org perform bench press, squat and such without this lock, cemas xkena plate pd kaki org lain.
The other famous way is using smith machine.
salam dato, saya baru je pg gym, saya ada guna satu alatan kat dalam tempat gym tu, saya tak tau namanya, tapi dia ada beberapa fungsi, boleh berlatih kayuhan dan pada masa yang sama lengan boleh digerakkan serentak, seperti rengangan di setiap bahagian badan, saya cuba selama 8 minit, saya pening dan terus pucat.. dengupan jantung mmg amat laju dan pernafasan pun sampai tercungap2. 🙂
saya terus berhenti dan duduk di kerusi yang disediakan.
keesokan hrinya saya cuba buat latihan bisep dan lengan, setelah sehari lengan saya terasa sakit, saya tak pergi gym selama 2 hari, sekarang ni lengan saya kurang sakit dan hampir sembuh, adakah saya perlu ke gym sewaktu lengan saya kurang sakit dan hampir sembuh@ saya tunggu hingga ia sembuh sepenuhnya.
terima kasih
kalau ikut bayangan, rasanya cross-trainer.
baru start gym ke?
teruskan ke gym, tp latih bahagian yg lain
Scoobys Stewart owner scoobysworkshop.com…
dia cakap tak boleh lakukan stretching sebelum workout sebab takut boleh menyebabkan kecederaan semasa workout, dia cakap hanya perlu warm up sebelum workout n dato’ pulak cakap kena stretching dulu..
so mana satu yang betul?…
ada hujah dari mana2…
thanks…^__^
saya cuba baca balik di atas. xde plak cerita pasal streching sebelum. part mana yg sy kata begitu?
so memang takleh streching sebelum workout ker? [@_?]
Salam dato.. nak tanya..
sy start gym sejak beberapa bulan yg lalu. tp sejak minggu lepas sy akan tiba2 sakit kepala bila buat latihan tertentu seperti pull up, leg press.. rasa sakit bahagian belakang kepala. atas dari tengkuk.. sy terpaksa hentikan latihan tu serta merta.. selama berbulan2 ni ok ja.. apa pandangan dato? dimana silapnya…
ada aktiviti luar yg silap position, cam tido? atau kerja yg tumpu pada 1 tempat? atau apa2 kesilapan dlm gym? ada darah tinggi?
tak ada semua tu.. try search kt internet.. ramai yg pnh mengalami masalah yg sebijik mcm ni.. ditempat yg sama.. sesetghnya terpaksa rehat berbulan2..
ingat nk rehat gak sebulan masa bulan posa ni.. tp takut gak kalo masalah ni tak selesai..
Sebelum puasa,saya mmg aktif ke gym,jogging dan sebagainya.Masuk je bulan puasa saya terus stop selama sebulan lebih.2hari lepas saya mula balik masuk gym,kali ni saya nak tambahkan berat badan dgn mengambil weight gainer dan creatine.Soalan nya:Selepas 2hari otot biceps,tricep dan shoulders mengeras(masa kat gym mmg btl2 hentam kat bahagian ni).Nak tdo pun payah,urat terasa ditarik bila bergerak.Adakah ini normal?Cara mengatasinya?
lepas training, buat streching.
bayangkan neelofa pakai tudung..mesti lg cantik.cantik dari segi dalaman
Pandai dato susun gambar… gambar awal sgt mengerikan… gambar last bagi semangat balik… hehehe
En.zaki..sye nk tnye..style sye klau pegi gym..sye latih seluruh badan..soalannye..utk mulakan workout mne yg patut didahulukan..bahagian atas dulu ke bahagian bawah dulu..terima kasih ^___^
tak kisah, atas atau bawah. advisable mula dgn otot besar.