Kongsi
Crossfit Benarkan Transgender Bertanding
Crossfit kini membenarkan atlet transgender bertanding bagi sesi 2019. Crossfit percaya setiap orang ada potensi dan kapasiti untu berjaya sebagai seorang atlet. Pada tahun lepas, Russell Berger telah dipecah daripada Crossfit HQ kerana kata LGBT adalah satu dosa.
Crossfit membenarkan atlet memilih jantina dengan syarat kehidupan mereka memang serasi dengan jantina pendaftaran. Mereka perlu ada dokumen pendaftaran jantina. Atlet yang mengubah jantina perlu hubungi Crossfit untuk menanda tangan declaration form. Jantina tidak boleh diubah dalam tempoh 4 tahun. Atlet perlu buktikan paras testosterone di bawah 10 nmol/L sekurang-kurang 12 bulan sebelum pertandingan. Paras ini perlu kekal sepanjang masa sehingga pertandingan.
Kalau tanya saya secara peribadi, patut diwujudkan kategori lain jika hendak mereka main juga. Ia tidak adil pada atlet perempuan tulen yang lain walaupun paras testosteron dikatakan lebih rendah.
Rujukan
OFFICIAL: CrossFit Will Allow Transgender Athletes to Compete in 2019 Season