Epidemik Obesiti (Kegemukan) Dari Rahim Ke Kubur

Malaysia mempunyai kadar obesiti dan kenaikan berat badan yang paling tinggi jika dibandingkan dengan negara- negara lain di Asia dengan 64% lelaki dan 65% wanita mengalami kenaikan berat badan atau obesiti. Tahukan anda yang menurut laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS 2019), 50.1% populasi dewasa di Malaysia dilaporkan mengalami berat badan berlebihan (30.4%) peratus dan obes (19.7 %).(1)Tujuan utama artikel ini adalah untuk mendidik para pembaca mengenai epidemik obesiti dan kesannya kepada kesihatan kita dari rahim ke kubur.

Berdasarkan seperti apa yang ditakrifkan oleh World Health Organization (WHO), individu yang berlebihan berat badan mempunyai nilai BMI lebih daripada 25. Manakala bagi individu yang dikategorikan sebagai obesiti mempunyai nilai BMI lebih daripada 30. BMI adalah ukuran untuk menilai berat badan anda berbanding dengan ketinggian.(2)

Obesiti semakin meningkat dan merupakan masalah kesihatan awam yang telah menjadi wabak global. Banyak laporan dan kajian telah menunjukkan bahawa pelbagai penyakit tidak berjangkit (NCD atau Non-Communicable Diseases) seperti penyakit kardiovaskular, kencing manis, darah tinggi, dislipidemia dan beberapa jenis kanser tertentu berkaitan dengan obesity. (1, 3)

Di peringkat global, kadar obesiti meningkat hampir tiga kali ganda dalam tempoh tiga dekad yang lalu (daripada 857 juta pada 1980 kepada 2.1 bilion pada 2013). WHO juga melaporkan bahawa orang dewasa berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai berat badan berlebihan dan obes masing-masing adalah 39% dan 13%. (4)

Persoalannya ialah bagaimana kita mengurangkan beban obesiti yang semakin meningkat di kalangan orang dewasa yang lebih tua secara holistik dan di mana dan bila perlu kita bermula? Jawapan kepada soalan-soalan ini ialah pendekatan modifikasi gaya hidup di mana obesity dicegah bermula dari rahim ibu itu sendiri.(2)

Berikut ialah beberapa contoh tentang cara penjagaan rahim ke kubur yang boleh membantu mengurangkan obesity dan secara langsung penyakit NCD dalam kalangan orang dewasa dan warga emas. Pertama, semasa mengandung, ibu-ibu perlu menjalani pemeriksaan antenatal secara berkala. Di Malaysia ibu-ibu mengandung diberikan penerangan di Klinik Ibu dan Anak mengenai kesihatan anak dan keburukan obesiti atau kegemukan dikalangan kanak-kanak. (5)

Obesiti kanak-kanak adalah faktor risiko NCD semasa peringkat akhir kehidupan. Bukan itu sahaja, beberapa tabiat tidak sihat yang mendasari kegemukan bermula semasa zaman kanak-kanak dan remaja. Warga sekolah dan ibubapa harus dididik anak-anak untuk mengamalkan pemakanan yang sihat. (6)

Kursus Kecergasan 2024

Kegemukan atau obesiti zaman kanak-kanak boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan mental dan fizikal. Kanak-kanak yang obes lebih cenderung untuk dibuli di sekolah, mengalami kebimbangan imej badan dan mempunyai kebimbangan. Ibubapa atau orang awam adalah digalakkan untuk mengamalkan corak pemakanan sihat sebagai sebuah keluarga membantu kanak-kanak mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat seiring dengan peningkatan usia.(4)

Kebanyakan orang mungkin mempunyai beberapa kecenderungan genetik untuk obes, bergantung pada sejarah keluarga dan etnik mereka. Beralih daripada kecenderungan genetik kepada obesiti itu sendiri secara amnya memerlukan beberapa perubahan dalam pemakanan, gaya hidup, atau faktor persekitaran yang lain. (5)

Faktor-faktor yang menyumbang kepada peningkatan kegemukan:(1-3, 7)

  • Ketersediaan makanan yang sedia ada pada setiap masa sepanjang hari dan di tempat seperti restoran 24 jam atau kedai runcit 24 jam.
  • Penurunan dalam aktiviti fizikal semasa bekerja, bersekolah, aktiviti domestik, dan masa lapang, terutamanya di kalangan kanak-kanak.
  • Peningkatan waktu yang dihabiskan untuk menonton televisyen, menggunakan computer atau telefon pintar, dan melakukan aktiviti sedentari yang lain.
  • Ketersediaan makanan yang diproses tinggi, makanan segera dan minuman manis.

Perubahan dalam fungsi fizikal dan kognitif adalah perkara penting dalam proses penuaan yang normal. Oleh itu, adalah digalakkan untuk mencari aktiviti yang menarik minat anda untul terus berminat dan terlibat dalam aktiviti fisikal dan gaya hidup yang sihat.

Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat boleh mengurangkan risiko obesity, NCD dan menggalakkan penuaan yang sihat dalam komuniti kita. Marilah kita bersama-sama mempromosi gaya hidup yang sihat dari rahim hingga ke kubur untuk masa depan yang lebih cerah dan produktif.

 

  1. Chan YY, Lim KK, Lim KH, Teh CH, Kee CC, Cheong SM, et al. Physical activity and overweight/obesity among Malaysian adults: findings from the 2015 National Health and morbidity survey (NHMS). 2017;17(1):1-12.
  2. Le MH, Yeo YH, Li X, Li J, Zou B, Wu Y, et al. 2019 Global NAFLD Prevalence: A Systematic Review and Meta-analysis. Clinical gastroenterology and hepatology : the official clinical practice journal of the American Gastroenterological Association. 2021.
  3. Brown WV, Fujioka K, Wilson P, Woodworth KAJTAjom. Obesity: why be concerned? 2009;122(4 Suppl 1):S4-11.
  4. Lindsay AC, Sussner KM, Kim J, Gortmaker SJTFoc. The role of parents in preventing childhood obesity. 2006:169-86.
  5. Mayer J, Bates MW, Dickie MMJS. Hereditary diabetes in genetically obese mice. 1951;113(2948):746-7.
  6. Larson N, Story MJCo. A review of snacking patterns among children and adolescents: what are the implications of snacking for weight status? 2013;9(2):104-15.
  7. Goodpaster BH, Katsiaras A, Kelley DEJD. Enhanced fat oxidation through physical activity is associated with improvements in insulin sensitivity in obesity. 2003;52(9):2191-7.
Dr. Vishnu Raj .S

Vishnu Raj

Saya adalah Dokter perubatan ( MD, Hasanuddin University), pemegang ijazah sarjana Masters in Public Health (MPH, University of Malaya) dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT NASC) yang berminat dalam sukan bina badan dan pemakanan sihat. Objektif utama saya adalah memerangi ” Fad Diet ” dan ” Bro Science ” dengan mengongsi artikel yang disokong oleh fakta dan bukti saintifik.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: