Fat Gripz
Apa itu Fat Gripz?
Fat Gripz adalah satu alat yang boleh diletakkan atau di pasang pada barbell dan dumbbell, menjadikan barbell atau dumbbell itu lebih tebal dan sukar digenggam. Jadi apa gunanya?
Grip di tangan memainkan peranan penting dalam pembentukan kekuatan secara keseluruhan. Setelah berlatih sekian lama, mungkin bertahun atau berbulan, anda akan mula mencecah tahap plateau iaitu tahap tiada perubahan lagi. Tiada lagi penambahan beban dalam latihan. Setiap tahun hanya melakukan bench press 100kg. Salah satu cara mengatasi plateau adalah menguatkan bahagian yang lemah seperti grip atau genggaman.
Terdapat pelbagai cara menguatkan bahagian lengan atau forearm. Fat Gripz memudahkannya. Anda tidak perlu buat latihan untuk genggaman. Tidak perlu lagi tumpu latihan untuk lengan. Cara yang mudah adalah melatih dengan bar yang besar atau menggunakan Fat Gripz.
Apabila mula menggunakan Fat Gripz, anda akan mula perasan tiada tekanan pada sendi di pergelangan tangan, siku dan bahu. Bebanan dibahagi rata ke bahagian sasaran. Ini sekali gus membantu mengurangkan risiko kecederaan. Sesuai digunakan oleh mereka yang mengadu sakit sendi, yang mana kebanyakannya sakit di bahagian siku berikutan tekanan melampau akibat melakukan bench press. Bench press berlebihan dengan bahagian lengan yang lemah akan memberi tekanan pada siku. Latihan dengan bar yang tebal akan mengaktifkan lebih banyak otot. Pendek kata baik untuk meningkatkan kekuatan dan saiz lengan.
Pengalaman ZK
Saya baru menggunakan Fat Gripz. Baru 2 minggu. Saya menggunakan Fat Gripz untuk hampir semua pergerakan termasuk melakukan bench press, deadlift, barbell row, chin-up, barbell curl, triceps extension dan sebagainya. Pada peringkat awal terasa sukar disebabkan tidak biasa dan tidak mampu angkat seberat biasa. Kekuatan mula menambah apabila memasuki minggu kedua. Terasa pump pada bahagian lengan, lebih-lebih lagi apabila melakukan senaman back. Secara jujur, saya dah lama tidak menambah bebanan dalam latihan. Deadlift hanya mampu buat 300kg berat maksima. Dengan menggunakan Fat Gripz, saya berjaya menambah ulangan pada deadlift, dan juga latihan-latihan lain.
Di Mana Boleh Dapatkannya?
Di mana boleh dapatkannya?
http://tinyurl.com/buk23xk
Ni ibarat mcm glove,tp glove m’lindungi drpd kulit gelupas..ni untuk otot..terbaikkk….
kt mne nk cri fat gripz tu? x jumpe dlm http://tinyurl.com/buk23xk
baru nak tanya, dah ada jawapan
huhuu deadlift 300kg mmg gempak la dato’…. aq rekod peribadi baru 100 kg.. 🙁
100kg ok tu bro… aku 50kg jer… hehehe
dato main gym dh berbelas tahun..
hehe klu kita main lama, kita pon bleh..so ikutla jejak dato
hmm dato’ fat gripz ni boleh buka / pasang ka? atau melekat trus kat barble/dumble….
boleh buka
owh thnkz dato’..
ingatkan murah je benda nih…T_T
pic tu kat firegym ke?bestnya ada byk fat gripz takyah beli
xdela. tu gambar dari page http://www.fatgripz.com
sini pun ada 1 set je. :D. x bg org pinjam
kalau dah pakai fat gripz tk payah pakai glove lg ke?
glove lain fungsinya. tp benda ni pun dah sedap pegang.
Da ada lam TheStrongPage pasal fat gripz ni..hehe
yelar, dlm page ZK sndiri pun da ada ckp, xblh copy artikel org lain…hehehe!
Sndiri buat rule sndiri langgar balik, aptb
are you trying to accuse me for something?
kami berdua diberi fat gripz utk trial dan jika ianya berkesan, kami diminta buat review.
yeke..blik keje ni kene jmp my bro Pacat lar, tnyer kt dia..hehe
silakan
Grip4orce #1
patutla tgn sgabil ngn asraf besaq pn…depa dok pakai natang ni la…
nice 1 dato’…same concept kalau guna towel, ok x dato’?
towel mungkin agak lembut.
kat mana bleh dptkan fatz grip ni… agak mahal x?
rasa mcm dah letak dlm entri kat atas
owh sama mcm pd pull/chin up bar door gym yg gantung kat pintu tuh..mmg sedap ade mende ni..hihi
assalammualaikum, saya orang baru sahaja bermula angkat berat ni, ada tips tak apa yang perlu dimakan sebelum workout ?
kalau 2 jam sebelum workout, boleh amik complete meal. kalau sbelum workout perlukan makanan, boleh try pisang.
Ouh pisang elok ambil selepas workout ke? sebelum tidak boley ambil ke Dato?
depend. kalau utk burn fat, sy x galakkan sebelum. tp kalau dah xde energy, case terpaksa. elok amik dari perut kosong n menyebabkan catabolic.
Kalau ambil sebelum workout kira tidak boleh burn fat ke? so before workout better ambil carb banyak.pisang selepas.
mcm x btul je statement tu. pisang pun masuk kategori carb.
so kalau carb ambil sebelum pun boleh kan.ape kelebihan pisang ambil selepas workout berbanding dgn sebelum?
kalau ‘boleh’ elakkan carb sbelum workout. which is immediately sbelum workout. 2 jam sebelum better. better ada carb n potassium, dll sedikit.
potassium akan membantu menarik air ke dlm otot. otot nampak full. carb pisang antara carb yg senang digest selepas latihan, ditambah dgn garam potassium, menjadikan sesuai utk post workout.
ouh so 2 hours before workout boleh la ambil carb.immediately tak digalakkan ye.kenapa selepes workout, post workout kena ambil carb.? nak recover energy balik ke? kalau ambil protein shake sahaja selepes workout tidak cukup ke? terima kasih Dato keranan mngambil masa untuk mnjawab soalan saya.
sbelum workout, simple carb akan menyebabkan insulin spike. tenaga xde. kluar simptom2 mcm mengantuk, malas dll.. kena masuk carb dulu. enjin bdn masih bekerja dan perlu bhn api. ganti balik apa yg hilang. protein digunakan dlm proses sterusnya utk repair mana yg rosak.
simple carb mcm mana Dato? dulu saya selalu makan nasi dgn lauk semua sejam before workout,bila time workout asyik mnguap je.mengantuk.insulin spike ke tu.2 jam before workout ambil carb selepas workout amibil carb dan high protein food.mcm tu ke Dato? sorry Dato mnyusahkan Dato dgn soalan2 yang mudah ini.
simple carb cam gula, air manis, buah pun boleh masuk categori simple carb. tanda2 insulin spike tu ngantuk. gula xde dlm darah, atau low.
salam..dato..nk tnya benda nie,,klu org bru men gym bgs jga x utk gna bnda nie????
wslm. boleh je
berapa harga ‘fat gripz’ nie? boleh beli dgn u x?
rm150. boleh beli di link di atas.
klu rm150 murahla coz saya tgk kat musclemania RM180, tahan lama x rasa2nya coz brng nie terlalu mahal takut cepat rosak,kopak dll
setakat ni guna tahan lg.
musclemania bg offer arituh rm120..la ni dah jd stended arge rm160…
Soryy dato off topik- baru jumpa website ni, saya dah baca beberapa entry untuk besarkan badan salah satu mesti cukup tidur, jika lebih tidur badan lagi tambah besar ke dato.
lebih sgt tido pun x boleh. lebih tido=possibility kemasukan kalori lg rendah.