Fenomena Ditindih
Pernah bangun dan rasa seperti ditindih dan tidak boleh bangun? Ada yang kata, ia disebabkan ditindih jin atau hantu. Sejauh mana kebenarannya?
Fenomena ini digelar sleep paralysis atau tidur lumpuh. Mencecah ke 40 peratus orang pernah rasa seperti ditindih paling kurang sekali dalam hidupnya. Menurut kajian, tidur lumpuh berlaku apabila seseorang bangun pada tahap tidur yang dipanggil rapid eye movement (REM). Pada tahap ini, kebiasaannya kita bermimpi dan otot boleh dikatakan sedang tidur mati.
Tiada penjelasan jelas bagaimana ini boleh terjadi. Menurut satu jurnal Medical Hypotheses, ia mungkin disebabkan halusinasi yang timbul apabila tiba-tiba tersedar. Terdapat gangguan dalam otak yang menyebabkan ia mengawal gerak badan seseorang. Dalam bahasa mudah, kita cuba menyalurkan signal bergerak akan tetapi signal tersebut tidak sampai. Ketika itu, seseorang itu belum betul-betul sedar.
Kajian juga dibuat oleh Harvard Medical School, melihat kadar tidur lumpuh di antara 2 penduduk iaitu Egypt dan Denmark. Mereka mendapati bahawa, orang Egypt lebih cenderung kena tidur lumpuh ini berbanding Denmark. Perbezaan antara dua negara ini adalah, orang Egypt adalah berpandukan agama manakala Denmark lebih kepada atheist atau tidak percayakan agama.
Kajian ini menyimpul, masalah tidur lumpuh ini disebabkan faktor fisiologikal, otak tidak berfungsi atau tidur yang salah. Sekitar separuh daripada orang Egypt dalam kajian percaya, ia adalah disebabkan ditindih jin menurut Islamik Methodologi. Ia dipaparkan dalam jurnal Transcultural Psychiatry 2014.
Bila bercerita tentang ketakutan, perasan tak hantu wujud dalam pelbagai versi. Jika menurut Melayu, popular dengan pontianak, pocong dan sebagainya. Akan tetapi di negara barat, tiada pula pontianak versi Melayu. Di sana ada vampire. Di China, pocong melompat. Begitu juga di tempat-tempat lain menurut kepercayaan tersendiri. Kita mencipta rupa hantu ini melalui cerita turun termurun, wayang dan sebagainya. Ketakutan ini ditanam sejak kita kecil. Hantu akan mengikut imej yang dibentuk dalam fikiran kita. Ia tidak menjelma rupa sebenarnya secara terus.
Begitu juga dalam kes ditindih. Kita ditanam dengan kepercayaan ditindih dan seterusnya akan menyebabkan kita rasa begitu.
Rujukan
http://www.livescience.com/46477-oddest-hallucinations.html
http://www.medical-hypotheses.com/article/S0306-9877%2814%2900360-0/abstract
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/24084761
ZK: Maaf lama tidak menulis. Saya bercuti ke China hampir 2 minggu.




