GERD dan Senaman
Anda berdepan masalah GERD atau acid reflux atau heartburn? GERD adalah gastroesophageal reflux disease. Rasa tak selesa ketika bersenam? Senaman boleh mencetuskan heartburn jika lower esphageal sphincter anda terlalu lemah dan akhirnya menyebabkan asid perut terkeluar daripada perut ke esophagus iaitu salur pemakanan anda. Kondisi ketika senaman ini kita panggil exercise-induced GERD. Ia biasanya dicetuskan oleh makanan pedas, makanan atau minuman berasid, minuman bergas, kopi, coklat dan alkohol.

Apa nak buat?
1. Jangan makan dan terus bersenam. Jarakkan masa makan dan senaman. Elakkan makanan yang mencetuskan masalah ini pada anda.
2. Makan sesuatu yang melegakan. Ia boleh jadi berlainan untuk setiap orang. Ada orang makan yogurt rasa lega, ada yang tidak. Antara pilihan yang boleh dicuba seperti pisang, yogurt, toast, cereal dan sebagainya. Anda kena eksperimen makanan yang sesuai dengan anda.
3. Ada senaman yang cetuskan heartburn dan ianya boleh jadi berlainan untuk setiap orang. Ada orang buat HIIT cetuskannya. Ada yang buat sesetengah pergerakan yoga mencetuskan seperti downward dog.
4. Cuba baking soda. Campurkan baking soda dengan air. Ia bantu neutralkan dan mencuci asid perut.
5. Ambil ubat seperti antacid dengan kalsium. Dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan apa-apa ubat.
Ada sesetengah simptom mungkin bukan GERD, tapi mungkin serangan kecil sakit jantung. Jika simptom berterusan, jumpa doktor.



