Kuatkan Teras

Kuatkan core! Itulah yang biasa dikatakan oleh seorang jurulatih kecergasan. Apa itu core atau pun teras? Kekuatan teras sering diabaikan kita.
Teras adalah bahagian tengah badan kita dan sekitar pelvik. Bahagian tengah termasuk otot rectus abdominis, erector spinae, external oblique dan transverse. Pelvik sekitar bahagian punggung. Kekuatan teras main peranan dalam stabiliti kita dalam bersenam dan melakukan aktiviti harian. Boleh kata semua sukan memerlukan teras yang kuat.
Tak semestinya menggunakan beban, anda juga boleh gunakan berat badan sendiri untuk melatih teras. Antara senaman yan mudah seperti plank, situp, bridge dan sebagainya. Senaman teras dapat bantu beri bentuk yang kurang lemak di bahagian pinggang. Ia kuatkan teras, bukan bakar lemak di perut.
Kalau teras tak kuat, anda berdepan risiko sakit pinggang, postur badan tak betul dan kecederaan. Jadikan amalan sekurang-kurang seminggu 3 kali.