Gynecomastia

Gynecomastia adalah istilah yang digunakan untuk tisu payudara besar di kalangan lelaki. Dalam bahasa greek, gyne bermaksud perempuan dan mastos payudara. Ia juga dikenali sebagai gyno. Dalam dunia bina badan, ia biasa dikaitkan dengan steroid berikutan nisbah testosteron berbanding setrogen. Dalam majoriti kes, ianya tidak boleh dipulihkan. Satu-satunya cara merawat adalah melakukan pembedahan untuk membuat gynecomastia itu mengurangkan peningkatan tisu payudara.

Kursus Kecergasan 2021Gyno ini biasa berlaku pada pengguna steroid jenis testosteron. Ia biasa terjadi apabila pengguna berhenti menambah testosteron kepada badan. Mereka mengambil masa untuk menghasilkan testosteron secara semulajadi pada tahap yang normal. Pada tahap ini, paras estrogen boleh jadi lebih tinggi berbanding testosteron. Ia juga boleh terjadi apabila pengambilan testosteron terlalu tinggi dimana mekanisme badan cuba menaikkan paras estrogen untuk seimbangkan testosteron mengikut rationya. Testosteron ditukar ke estradial yang mana menyerupai estrogen. Sebaik sahaja tahap hormon kembali normal, rangsangan tisu payudara akan hilang tetapi seri kali tisu payudara kekal.

Bukan semua jenis steroid menyebabkan masalah ini. Antara steroid yang boleh menyebabkan masalah ini termasuk anadrol, sustanon, dianabol dan sebagainya yang sama jenis. Terdapat juga mereka yang semulajadi dengan masalah gynecomastia dimana paras estrogen mungkin tinggi sedikit daripada lelaki lain. Ia mungkin nampak hilang apabila melakukan latihan atau aktiviti yang melibatkan pergerakan dada tetapi timbul kembali selepas itu.

Cara terbaik mengelakkan gynecomastia adalah tidak menggunakan steroid sama sekali tetapi bagi mereka yang menggunakan steroid, terdapat rawatan yang membantu mengelakkan gynecomastia. Terdapat ubat yang dipanggil anti-estrogen seprti nolvadex dan arimidex yang boleh digunakan dalam kitar yang membantu mengurangkan kesan gynecomastia jika diambil sebelum paras estrogen terlalu tinggi. Ia tidak berkesan menghalang jika diambil selepas timbul kesan gyno.

Bagi mereka yang tidak mengambil steroid, masalah gynecomastia disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. Ia selalunya disebabkan masalah kelenjar dalam badan. Ia juga selalu terjadi pada lelaki yang berlebihan berat badan. Pada amnya, gynecosmastia tidak memberi risiko kesihatan, cuma kesannya daripada segi imej. Tak lawa rasanya menayangkan dada di pantai jika ada masalah gyno ini.

Sebab-sebab lain gynecomastia termasuk akil baligh, obesiti, tumor, gangguan genetik, penyakit hati, ubat-ubatan tertentu, sindrom klinefelter, sindrom gilbert dan penuaan. Penggunaan ganja juga mungkin jadi penyebab.

Mereka yang berdepan masalah gynecomastia kerana obesiti mungkin mampu pulih setelah berjaya turunkan berat badan tetapi kebanyakan orang perlu menjalani pembedahan membuang tisu berlebihan. Pembedahan itu adalah gabungan liposuction dan pemotongan kelenjar di sempadan puting. Jika di Malaysia, pembedahan boleh dilakukan dengan kos sekitar 5 ribu.

Sebelum dan selepas pembedahan

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 22 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

95 thoughts on “Gynecomastia

  1. amir the viper says:

    Salam dato,penyakit ni sama tak dgn yg saya hadapi sekarg,buah dada belah kiri sy besar sebelah dlm die ada cam biji

      1. Zainal asyraf says:

        Dato,saya umur 14 tahun..dan saya salah seorang mangsa gyno.. Saya nk main muay thai pon ssh..kena bkk baju..
        soalan saya:apakah katogeri gyno saya?..adakah kerana akil baligh ataupon sbb benda lain..
        2:adakah saya blh mengambil ubat gyno?
        3:apakah cara tercepat untuk memulihkan dada saya ni dari gyno

      2. Zainal asyraf says:

        Saya berumur 14 tahun
        Soalan sya:1)bolehkah saya menggunakan ubat gyno
        2)apakah cara tercepat untuk memulihkan badan sya ni dr gyno

        1. dptkan nasihat doctor utk penggunaan ubat. mungkin boleh rendahkan bodyfat dulu.

  2. tgk cam takde beza pn gambar kiri n kanan lepas pembedahan tu, cuma puting je tak terjojol. kalau saya badan cam kiri tu mmg tak yah bedah2 dah.. haha.

  3. dato’.,apa maksud dato’ dgn ” ia akan nampak hilang kalau lakukan aktiviti atau senaman”??? klau seseorang tu gemok dan mengalami masalah ini adakah ia akan hilang jika seseorang itu menurunkan berat badan dan bersenam???
    ataupun gyno ini akan selesai melalui pembedahan shj???
    tq dato’

    1. bila dada bergerak, biasanya gyno ni x nampak. bila bdn cooldown, start nampak balik.
      gemok, dlm kebanyakan kes hilang. minor kes x hilang.
      surgery sebagai jln akhir.

      1. Sy sedih selalu kene ejek sbb tetek cam perempuan.. Bkn salah sy.. Tp skang nk makin kurus tp dada still x berubah

  4. aq ada masalah ni………….kcewa2……

      1. Mcm mana nak hilangkan ? Dia tekan sakit em. Ada gumpalan dkt area puting tu emmm pls help me ???

  5. Salam Dato’

    Saya nk tanya ttg pengambilan creatine dan anabol 5..
    adakah ia boleh diambil pada waktu yg sama iaitu pagi dan selepas workout..
    takut ada konflik jika diambli secara serentak..
    tq dato..

    1. anabol 5 pagi sekali, sebelum workout sekali.
      creatine amik semasa training atau lepas training.

      1. tengkumanja says:

        anabol tu bukan steroid ke

        1. anabol 5, categori supplement tp menggunakan nama hampir serupa seperti steroid

          1. so blh ambek x dato, kesan x mcm steroid?

  6. asri john says:

    dato, sy mengalami mslah ini,dan masih adakah cara utk mengatasinya dr segi senaman ataupn workout? selain dr surgery.

    1. kena turunkan peratus lemak. kalau peratus lemak dah sgt rendah tp still ada, makna mmg x boleh hilang begitu sahaja.

      1. macam mana nk tahu peratua lemak dalam badan?

  7. salam dato, mcm mana kita nak cek percentage fat? maksud saya mahu sendiri cek, ada alat atau penimbang khusus? kalau badan tak gemuk sangat, cuma lemak2 berlebihan banyak, apa exercise yg efficient utk lean kan badan?

    1. ada penimbang, boleh dpt di fitness concept. atau mesin2 biasanya di shopping complex.

  8. salam dato..

    saya pun ada masalah ini..Apakan senaman yang boleh membantu..tolong…huhu

    1. wslm. senaman buang lemak. x kira senaman apa. boleh membantu. cuma kalau dah timbul gyno tu. agak sukar sikit nak hilang.

  9. amir the viper says:

    salam dato..boleh ke benda ni berlaku dkt sebelah payudara lelaki,sebelah saje

      1. amir the viper says:

        boleh tak sy amik nolvadex tok anti estrogen dgn testostorone booster tok lawan benda ni? atau dato ada cara lain …

          1. amir the viper says:

            Tq dato,sy akan cuba..

  10. Berat saya 140 kg tinggi 173cm….boleh x cadangkan senaman yang sesuai untuk saya turunkan berat badan….saya ni jogging skit je dah penat…ade x senaman2 ringan untuk starting…

  11. As-salam… doc, sy mengalami gynecomastia juga.
    Fizikal sy kurus shj dgn tinggi saya dlm 170cm dan berat dlm 57kg,
    saya tak pernah dpt kn kepastian dari mane2 doc, tetapi apa saya kaji dlm internet mungkin saya mengalami gynecomastia ni,

    Adakah salah satu penyebab terjadinya ini disebabkan saya kurang bersenam ditambah lagi dengan saya mengalami masalah hyperhidrosis yang menyebabkan saya tidak boleh melakukan aktiviti sihat seperti bersenam dan bersukan?
    Saya teringin untuk melakukan pemeriksaan dengan doktor tetapi tidak tahu dimana boleh saya dapatkan pemeriksaan lanjut. Boleh doc cadangkan mana2 hospital/klinik yang perlu sy boleh sy bt pemeriksaan ini?

    Ataupun ada x apa2 supplement yg perlu sy ambil untuk mengelakan pembesaran akan berlaku lebih ketara..?

    1. hyperhidrolisis kategory mana?
      sy x kenal doktor dlm bidang ni.tp setakat normal checking, majoriti hospital boleh.

    2. boss buat cek kat mane???

  12. alamak aiman ada la masalah ni ==”
    habis lah

  13. doc..kos pembedahaan 5k tu di hospital kerajaan atau swasta?

  14. ADUH..SAYA RASA KECEWA APABILA SAYA MENDAPAT TAHU INILAH PENYAKIT YANG SAYA DAPAT…BERAT SAYA 175 CM DAN BERAT BADAN SAYA 85 KG BERUMUR 15 TAHUN..JIKA SAYA BERUSAHA MENGURUSKAN BADAN ADAKAH PAYUDARA SAYA SEMAKIN MENGECIL??SAYA DA TAK SANGGUP KENA BAHAN KAT SEKOLAH..ASYIK KENA RABA JE..SAYA SANGAT KECEWA..PLEASE TOLONG JAWAB DATO..TQ

  15. askm, sy ad jugak menghidap penyakit ini, buah dada sy besar seperti perempuan , sy slalu berfikir ia mungkin kerana berat badan sy melebihi 100kg, sblum nih sy ad membuat senaman slama sbulan, terasa ia mengecil sedikit, sy nak ty kalau sy terus mengamal kan diet atau kurangkan berat badan mungkin ia akan menjadi positif??

  16. jiwa kental says:

    Salam dato..saya pon mengalami masalah yg sama…saya sedang berusaha untuk membuang lemak didada..tetapi masalah gyno tu still ade ke kalo lemak kat dada ilang?..

      1. Ouh boleh macam tu ehh…. saya pun kene penyakit ni dua ii belah ada….bila suhu sejuk dia kempis rasa lawa bila tengok macam sado sikit body…..bila suhu panas dia jadi menonjol pulak….ape ii pun saya cuba dulu kurangkan lemak nak tengok dia hilang atau pun masih kekal lagi….mudah-mudahan hilang la….doakan saya ye ??

        1. Macam mana sahabat? Makin okay ke?

  17. slm dat0′ berat sy 88kg & tnggi 176cm, sy juga ade msalah ini, bgaimana nk bg badan klihatan kemas & s0lid? msalah gyn0 tu da bransur2 kurang, tp ade lg la,,, apakah yg prlu sy bt utk badan klihatan kemas??

  18. salam dato’

    ada cadangan tempat tak untuk melalukan pembedahan. Tempat yg terbaik dicadangkan oleh dato sendiri di klinik atau hospital di Malaysia ini. Sy selalu buat senaman dada untuk kurangkan lemak di dada, tetapi sy rasa memang jalan terakhir adalah melalui pembedahan kerana sy masih lihat tiada perubahan walaupon sudah setahun

    1. wslm. sy xde cadangan yg mana terbaik. cari hospital swasta yg kecil untuk cost yg murah.

  19. assalam dato’
    kalau yang jenis ade biji kecik dalam puting tu mcm mane pula?.
    mohon pencerahan

  20. salam dato boleh ke kalau saya amik novaldex or arimidex untuk hilangkan? saya tidak pernah menggunakan steroid before ni. semula jadi.

  21. partibaan says:

    Dato, saya ada masalah ni dulu, saya dah kurus tapi puting still nmpk besar dan menggeleber… Selain pembedahan ada cara lain tak ??

  22. Slmt sejahtera.
    Nak tanya dgn Dato,
    Ada tak krim sapu utk merawat penyakit ini kat malaysia?

    1. byk di pasaran seperti cocoa butter dll. tapi ambil masa sgt lama dan belum tentu pulih sepenuhnya.

  23. salam dato
    masalah saya samala macam dalam gambar atas tu .. nak kata lemak saya kurus je .. activiti sukan pom kerap … tapi puting saya timbul .. klau mase sejuk dia mengecil … klau mase panas dia mula la timbul ..xde ke cara lain selain surgery ?

    1. salam dato
      masalah saya samalah mcm ni. .nak kata lemak saya kurus je .. activiti sukan pon kerap … tapi puting saya timbul .. klau mase sejuk dia mengecil … klau mase panas dia mula la timbul .klau ambil nolvadex boleh berkesan tak ? ada kesan smpingan tak ,tq dato

      1. ada sesetengah tu masalah genetic, drpd kecil begitu. nolvadex x membantu

  24. Mane nk dpakn pil gynoxin?

      1. Di farmasi mana dato??

        1. Semua farmasi ada kot rasenye cuba cari dulu…. Ada tuu…

  25. Cik. Nak tanya. Berapa kosnga untuk membuat surgery untuk gynecomastia. Dan dia mana saya boleh buatnya

  26. Dato. Saya nak tanya anggaran kos pembedahan nak kecilkan puting. Puting ye bukan dada. Kos di hosp kerajaan mcm hosp sg buloh. Tq

  27. Salam dato. Sy ada masalah gyno. Dulu masa sy belasan tahun. Sy seorg yg obes. Tinggi sy 165cm berat 92kg.hampir 1tahun sy berdiet. Akhrnya sy dpt menurunkan bert. Badan sy sehinga 70kg. Sy bersenam di gym selama 5tahun dan body sy ala2 bodybuildr . Masalah sy. Mcm mana nk buang gyno??? sy pernah ambik nolvadex. Tapi x berhasil. gadang2 sy malu.Badan dah ketol2 tapi ada buah dada. Ketolan gyno agak ketara walaupun pakai bju. Untk pengatahuan dato. Masa sy aktif ggym sy pernah cuba deca,anapolong dan juga anabol. tolong sy dato

    1. kalau genetic, sebelum ni mmg dah ada. tak boleh buat apa biasanya. cuba turunkan fat percentage dulu.

  28. sekiranya melakukan suntikan L carnitine di kawsan breast boleh ke dato?

  29. salam dato
    masalah saya samalah mcm ni. .nak kata lemak saya kurus je .. activiti sukan pon kerap … tapi puting saya timbul .. klau mase sejuk dia mengecil … klau mase panas dia mula la timbul .klau ambil nolvadex boleh berkesan tak ? ada kesan smpingan tak ,tq dato

    1. sya pun menghadapi penyakit ini tpi sya Rasa teruk Sgt ni sebelah kena putung sya Rasa sakit sengal2 mcm tak selesa dan kedua-dua tangan jari sya kebas-kebas.boleh dato beri penjelasan tentang hal ni apa yg harus sya lakukan.

  30. sebelah Kiri puting sya keci dan sebelah kena Pula besar.sya ada terbaca Stu product gynexin yg boleh menyembuhkan tanpa sugary adakah tu besar?dimana mana sya mendapat product itu?farmasi Kat mana?

  31. Salam dato. Saya alami masalah ini sejak kecil. Dan sekrg saya dah berumur 31 tahun,masih bergelut dengan gyno ini. Apakah medicine or treatment untuk mengatasi masalah ini selain bedah.

  32. Dato, ada tak rawatan gyno dalam hospital kerajaan, berapa kos yang diperlukan

  33. Hakimi Bin Othman says:

    Yg terbaru sye amek pil gyno prohibit dr androgen pharma..bru test..x abih lg sbotol..xtau la jd ke x..bleh tnye dato status syarikat androgen pharma ni..halal ke x produk die ek..tgk kandungan cm tumbuh2an je..

    1. halal ke x, kena tgk status dia. saya pun x pasti. mungkin pakai gelatin. dlm most case gelatin babi.

    2. Ada perubahan tk penggunaan pil gyno prohibit tu? Boleh share

  34. Kalau kita makan arimidex okay kan doc

  35. Dato bleh x sya gunakan ubat gyno prohibit sbb masalah manboob mcm dh lama
    Bdn sya kurus ja tpi stil nmpk puting

    1. Zaki Khan says:

      kekadang mungkin masalah genetik atau mungkin bodyfat tinggi.

  36. dulu obesskrg dah kurus tapi bahagian puting tu timbul confident mmg takde umur 16 haih sedih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: