Hari Susu Sedunia

Setiap tahun kita menyambut Hari Susu Sedunia pada 1 haribulan Jun. Rasanya ramai yang tidak tahu. Sempena Hari Susu Sedunia hari ini, saya ingin bercerita tentang mitos berkenaan susu.

Kursus Kecergasan 2021

Mitos Mengenai Susu

1. Minum susu boleh menyebabkan penambahan berat badan.
Fakta: Kenaikan berat badan berlaku apabila seseorang mengambil lebihan kalori yang tidak dibakar sebagai tenaga. Kajian menunjukkan pengambilan susu rendah lemak boleh membantu penurunan berat badan. Kajian juga menyokong pengambilan kalsium membantu dalam penurunan peratusan lemak.

2. Mereka dengan laktosa intoleransi yang tinggi patut elak susu.
Fakta: Laktosa intoleransi bukan bermakna alergi dengan susu. Ia adalah ketidakmampuan untuk mencerna gula laktosa. Pilih susu tanpa laktosa atau yogurt untuk menggantikannya.

3. Mengambil produk tenusu meningkatkan risiko sakit jantung.
Fakta: Makanan tinggi lemak tepu berkemungkinan akan menyebabkan sakit jantung bukannya produk tenusu. Lemak tepu daripada mentega idak seteruk daripada lemak trans terhidrogenasi seperti marjerin dan lain-lain.

4. Jika mengambil suplemen kalsium tidak perlu susu.
Fakta: Susu tidak hanya memberi sumber kalsium yang baik bahkan memberikan gizi yang berkualiti seperti protein, viamin A, D, B12, riboflavin, zink, potassium dan magnesium. Pengambilan produk seperti yogurt pula sangat penting untuk pencernaaan kerana berfungsi sebagai pembawa organisma probiotik dan pediatri.

5. Produk tenusu menyebabkan kenaikan jerawat.
Fakta: Tidak ada kajian yang menyokong dakwaan itu malahan produk tenusu mengandungi vitamin A dan D yang penting untuk kesihatan kulit. Susu merupakan sumber vitamin A dan D dalam makanan.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 22 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

15 thoughts on “Hari Susu Sedunia

  1. bro kalu org tu berat dia 63kg n tinggi 160cm so kalu nk bina badan ape yg patut dia ambik dulu maksud sye dr segi suplement ni,.. boleh tk ambik whey terus?

    1. boleh amik whey, tp kena lebihkan carbo lg. dari segi pemakanan natural food cam nasi, kentang. kerapkan makan. metabolisme mungkin tinggi. jd kalori intake kena lg tinggi.

      1. maslah nye bi,bimbng tkt perut jd buncit… 🙂

  2. Salam, nk tnya susu ANLENE bagus x untk workout??
    Sbb sy mngamalkn minum ANLENE n oat stiap pg, ptg n mlm sblm tdo.

    1. boleh je pakai. cuma kalau nak compare ngan whey, kandungan protein dlm whey jauh lebih tinggi. anlene kandungan calcium sedikit tinggi. walaupun baru2 ni ada isu pasal anlene. tp calcium yg tinggi bantu dlm pergerakan actin-myocin

  3. Joe Terry says:

    Bro nak tanya 2 soalan yg bermain kat kepala ni.
    1. Berapa rate upah or gaji bagi amik sorang fitness trainer sebulan
    2. Saya ade melihat video 8 minute abs dalam youtube. Pada pendapat bro adkah snmana tersebut bek untuk di amalkan di rumah?

    1. 1. kalau di kl, rate average rendah dlm rm80 utk 1 sesi. paling tinggi rm350 1 sesi. makna kalau sebulan 12 kali, seminggu 3 kali, darabkan dgn 12. harga pun terpulang pada trainer gak.

      2. saya dah cari 8 minute abs kat youtube tp jumpa byk versi plak. tgk beberapa, sesuai di buat di mana2.

      1. Joe Terry says:

        ok terima kasijh sebab menjawab soalan saya…

  4. “got milk”.. heheheh

  5. bro zaki…bolek ke sya gantikan whey protein dngan susu skim selepas workout

  6. salam dato..skg ni sy mmg aktif bina badan sudah 8 bulan..,selama sy menceburi bina badan ni sy tidak pernah mgunakan susu protein yg kebiasaan ahli bina badan guna whey atau mass tetapi sy hanya makan telur 10biji shari.berat 78kg tinggi 176cm..soalan sy cukup x untuk protein dlm badan makan telur 10biji sahaja? dan patutkah sy makan telur kuning ke semuanya skali?

  7. Dato’ ZK, Susu ini memang sudah sinonim bagi kita, sejak dari kecil lagi kebanyakan kita minum susu (susu ibu atau susu formula). Saya adalah salah seorang yang suka amalkan minum susu walaupun dah dewasa, terutama susu fresh milk. Namun baru2 ini dari desktop research saya terjumpa satu arkikel yang menyatakan beberapa keburukan susu lembu. Saya tahu salah satunya adalah lactose intolerance, saya akui dulu setiap kali minum susu perut saya akan memulas, banyak buang angin dan kadang2 cirit birit. tapi masalah ini Alhamdulillah selesai bila saya ambil probiotics dari farmasi. Namun artikel itu juga ada menyatakan susu lembu menyebabkan tulang jadi rapuh/bone loss, kanser prostat dan antibiotics (lembu yang disuntik antibiotics)? Bolehkah Dato’ beri pencerahan tentang hal ini sebab sekarang saya dah ragu2 nak minum susu. Sekian terima kasih.

    1. segala sesuatut ada pro n contranya. boleh bagi link artikel tu?

Leave a Reply to Joe Terry Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: