HIIT (High Intensity Interval Training)

Senaman kardio boleh meningkatkan metabolisme ketika melakukannya tetapi akan kembali pada tahap normal setelah abis tetapi HIIT (Latihan Jeda) meningkatkan metabolisme untuk beberapa jam selepas latihan.

Apa itu HIIT? HIIT boleh dilakukan dengan joging diselang seli kelajuan tinggi dengan mencecah 85% daripada kadar nadi maximum selama 30 saat hingga 1 minit dengan diselangi oleh kelajuan perlahan atau rehat 1 minit hingga 2 minit. Mudah dilakukan dan boleh dilakukan di taman.

Kursus Kecergasan 2024

Sebagai contoh jika dilakukan menggunakan treadmill, berlari dengan kalajuan 9.0-12.0 dalam masa 30 saat dan kemudian berjalan dengan kelajuan 3.0 untuk 1minit. Lakukan dalam ulangan 10 kali.

Kenapa HIIT? HIIT adalah cara yag lebih effektif daripada senaman kardio yang biasa. Sebagai contoh, kita mungkin perlu berlari 1 jam dengan kadar nadi latihan 60% untuk mendapatkan hasil yang sama dengan melakukan HIIT selama 15 minit. Studi yang dibuat di Laval University, Quebec menunjukkan bahawa HIIT membantu bakar 9 kali ganda lebih banyak lemak berbanding senaman kardio biasa.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

48 thoughts on “HIIT (High Intensity Interval Training)

  1. lol, my friend never experienced it, I’ll tell him that he remembered about it, thank you for sharing this information.

  2. Hey friend can i publish some paragraph of your article on my little blog of university.I have to publish a good articles out there and i really think your post Fits best into it.I will be grateful to give you an source link as well.I have two blogs one my own and the other which is my college blog.I will publish some part in the university blog.Hope you do not mind.

  3. I’m also commenting to let you know what a useful experience my daughter found using your site. She noticed a good number of issues, with the inclusion of what it’s like to have an excellent teaching nature to make others without difficulty know chosen grueling matters. You actually surpassed our expected results. Thanks for providing these interesting, trustworthy, edifying and also cool guidance on this topic to Mary.

  4. Hi Dato kalau buat HIIT kat tmn mcm nak kira timing tu 30saat hingga 1min,ada apa2 device yg boleh tolong kira timing selain jam tangan?thank you dato.

    1. boleh kira, satu ribu satu, satu ribu dua, dan seterusnya. satu ribu satu = satu saat

  5. Dato sy buat jog kat play ground dkt rumah sy,slow walk @ jalan biasa 1 round play ground ambil masa 11min 42 sec,dato sy nak tahu berapa jauh,distance sy buat.boleh dato advise me,thank you.

  6. sorry Dato maksud sy distance yg sy jog ialah 1 round playground ambil masa 11min slow walk,so sy taktau berapa KM jauh 1round plyground,maybe dato leh tolong sy agak2 brapa jauh?

    1. kenapa perlu kira distance,

      utk kira distance,

      a=dv/dt v=dx/dt

      v2=v1 + a1/2 x t

      d=vt

      v=halaju
      t=time
      d=distance

      saya dah lama tinggal bidang fizik ni.

      cara lg mudah, cuba buat kiraan brapa langkah boleh dibuat dlm 10 saat. kemudian darabkan je sehingga 11 min kalau tiada perubahan halaju, acceleration=0

  7. banyak gak saya dengar pasal HIIT ni, ada yang kaitkan HIIT dengan “after burn effect”, apa maksud after burn effect?

    1. kalau senaman biasa, akan meningkatkan metabolisme semasa latihan. hiit akan tingkatkan metabolisme semasa latihan dan selepas latihan sehingga mungkin mencecah 36 jam. itu kita panggil after burn effect.

  8. tq byk dato, saya tgh dalam proses membuang lemak, masih jauh lagi dari sasaran utk capai 7% body fat. sekarang 20% body fat.

  9. macamana nak kira % total body fat?

    1. mengguna mesin mcm in-body, atau apa2 mesin seperti yg ada di fitness concept paling mudah. tp lebih baik jika ada kaliper.

      1. mana nak cari kaliper ni? dlm magazine barat ada saya tengok iklannya…kat malaysia mana nak carik? puas saya carik….dato ada jual benda ni ker?

        1. setakat ni sy x jumpa lg di malaysia. di singapore ada. kalau singgah ke singapore, igt nak ambil sikit ke sini utk dijual.

        2. mohd zaki says:

          Saya pon sama bro, dh lm mencari

  10. Salam Dato,
    Saya cycle kat dalam rumah je pakai trainer sbb nak cycle outdoor kadang2 masa tak mengizinkan so kayuh atas trainer shj. Nk minta advice Dato’ mcm mana nak buat HIIT ni kalau saya kayuh atas trainer kat dalam rumah?

    1. boleh. hiit lg senang dgn crosstrainer berbanding treadmill. set pada yg berat dan kayuh selaju boleh sekitar 30 saat, dan slow 30 saat. ulang cycle tu

      1. klu dilanjutkan ke seminit ke xpe dato?

  11. Setakat ni dah 3hari berturut-turut buat HIIT ni.Hari ni rest dari workout. Mmg rs ringan bdn dan fit!
    Cume satu xbest,sy rs peha makin membesar dan keras. T__T
    Soalan sy:
    1) Brp kali blh buat HIIT/week?
    2) Camne nak elakkan peha jd bulky?sbb sy nk kurus tp xmo la bdn berotot bulky cmtu. 🙁

    1. 1) tak kisah
      2) bdn mungkin berotot sikit, otot meningkatkan metabolisme. tp jgn risau, otot prempuan x mcm lelaki.

  12. Salam dato,
    Saya membuat hiit ni berselang seli dengan workout di gym,then rehat 2hari,sya amalkan dkat 2blan,berat bdan xbrubah,tapi bentuk badan makin fit,adakah ini bererti lemak badan diganti dengan otot?

    1. bukan diganti. lemak bertukar kepada tenaga. tenaga tu digunakan utk latihan. otot direpair dan akhirnya dpt otot yg baru.

  13. Salam dato, betulkah cara saya untuk ‘burn fat’ selepas bangun waktu pagi saya jogging selama 30minit. Dan saya baru amalkan HIIT 30sec sprint 10sec lari biasa. sebelum jogging saya hanya minum air kosong. Lepas jogging saya sarapan roti whole wheat, kopi and pisang. Bolehkah macam tu dato? The mission is to burn fat. Tq

    1. mcm soalan sama je. amik protein dulu at least 30-40minit sbelum, mungkin telur putih dlm 3 biji ke

  14. protein tu untuk sebelum jog untuk apa dato? whey satu scoop or setengah scoop? telur putih maksudnya kena buang telur kuning tu la kan? kalau kita makan kuning apa jadi dato?

    1. better utk elak catabolisme otot. kuning ada lemak dll. kalau boleh pagi tu aim protein je dulu sebelum cardio.

  15. makna nye, klu sye jog, sye kene jog laju 30sec pastu jln biase 1mnt..tol ke???

  16. kalo saya buat HIIT lepas latihan beban boleh?
    selalunya selepas latihan beban saya ambil pisang dan tunggu 30 minit utk ambil whey..
    Bolahkah HIIT dibuat didalam masa menunggu 30 minit tu?
    atau pisang hanya selepas HIIT?

  17. klu sye buat 5 ulangan je bleh tk?atau pun 5 ulangan pastu rehat 2 mnt pastu tmbah lg 5 ulangan?mane lagi bagus?letih lah nk wt 10 trs

  18. latihan HIIT ni leh tingkatkan stamina ke disamping bkr lemak?

  19. salam dato.

    target saya adalah bentuk badan v shape.

    1. punggung saya besar dan peha saya besar.pinggang saya pun besar. kalau boleh, saya nk target pinggang saiz 32 ke bawah. kalau nk pakai seluar slim fit pon ketat kt bahagian punggung dan peha.target saya nk slim dan fit.apa senaman yg patot saya buat?

    2. bahu saya pulak kecik. saya target nk lebarkan bahu supaya nampak v shape badan saya nie bile pakai baju.senaman dan workout ape yg sesuai dgn saya ye??

    *kalau boleh mcm fitness model cam jeff seid atau cam Simeon panda.yg penting nk kecikkn bahagian pinggang, bontot dan peha

  20. Macam mana HIIT ni bakar lemak ? masa bersenam atau selepas ?

  21. Salam dato. Ada artikel pasal increase stamina x? Sya cari x jumpe la.

Leave a Reply to Dave Jobson Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: