HIV (human immunodeficiency virus) dan Pemakanan Sihat

Di Malaysia, terdapat sekitar 87,000 orang yang hidup dengan HIV (Human Immunodeficiency Virus). Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), National Surveillance System menotifikasi hampir 78,000 individu yang hidup dengan HIV, di mana 0.4 % terdiri daripada remaja di bawah umur 15 tahun. (1) Gizi dan pemakanan yang seimbang perlu diambil oleh individu yang hidup dengan HIV demi menggalakkan kesihatan secara keseluruhan dan membantu dalam meningkatkan sistem imun badan. Pemakanan yang sihat juga membantu pesakit HIV dalam mengekalkan berat badan yang sihat dan seterusnya membantu dalam proses pencernaan ubat HIV.

Di Malaysia, kurang perhatian diberikan kepada kepentingan gizi atau pemakanan di kalangan penghidap HIV kerana pandemik COVID-19 secara langsung telah mengakibatkan krisis ekonomi yang meleset dan memburukkan lagi ketidakseimbangan pola pemakanan di kalangan rakyat. Walaupun pada hakikatnya kerajaan Malaysia telah melaksanakan skim perlindungan sosial (2), namun bantuan pemakanan perlu diambil perhatian secara mendalam oleh kerajaan Malaysia, dan dilaksanakan secara lebih agresif bagi membantu golongan yang rentan khususnya para penghidap HIV yang terdiri daripada golongan B40, serta mereka yang hidup di bawah garis kemiskinan.

Kursus Kecergasan 2025

Penyakit yang merosakkan sistem imun menyebabkan kemudaratan pada keadaan pemakanan seseorang, dan pemakanan yang buruk pula secara langsung akan menjejaskan lagi sistem imun, menjadikan seseorang itu lebih terdedah kepada jangkitan kuman. Kesedaran tentang pentingnya gizi yang seimbang serta  dan kekurangan makanan sihat, memandangkan kos makanan segar dan berkhasiat yang mahal, mungkin menyumbang kepada pemakanan yang buruk di kalangan penghidap HIV. Ini membawa kepada tabiat pemakanan yang buruk dan pengambilan makanan tambahan atau suplemen.

Bukan itu sahaja, malahan, kekurangan mikronutrien adalah perkara biasa di kalangan individu yang hidup dengan HIV, terutamanya dalam situasi berpendapatan rendah di mana pemakanan yang mungkin kekurangan vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan tubuh manusia. Sesetengah mikronutrien memainkan peranan yang penting dalam memelihara sistem imun, maka pengambilan suplemen secara berkala mungkin bermanfaat. (3) Berdasarkan rekomendasi oleh WHO mengenai pengambilan mikronutrien (terutamanya Vitamin A, B6 dan B12, zat besi dan zink) adalah penting untuk membina sistem imun yang kuat bagi melawan jangkitan kuman dan virus.

Berdasarkan laporan teknikal WHO mengenai HIV/AIDS, wabak HIV/AIDS melanda orang yang sudah kekurangan zat makanan. Lebih banyak sokongan politik, kewangan dan teknikal harus disediakan sejak dini lagi untuk meningkatkan kualiti pemakanan dan meningkatkan penggunaan diet ke tahap yang disyorkan. Mesej yang dibawa pulang ialah semua program kawalan dan rawatan AIDS kebangsaan harus merangkumi intervensi pemakanan berasaskan bukti yang disasarkan.

Kerajaan Malaysia perlu terus menyokong pendekatan terpencar terhadap penyediaan perkhidmatan kesihatan, yang merangkumi perkhidmatan berasaskan komuniti dan kesihatan primer yang dikaitkan dengan penjagaan berasaskan hospital. Ia menyediakan rawatan (ART), kaunseling dan ujian sukarela (VCT), sokongan psikososial, sokongan pemakanan dan rawatan untuk jangkitan oportunistik, namun kurang perhatian diberikan kepada intervensi pemakanan.

Kesinambungan perkhidmatan pemakanan, terutamanya pengesanan awal kekurangan zat makanan dan program pemakanan ibu, juga penting. (4) Akhir sekali, walaupun penghidap HIV dan AIDS mempunyai keperluan pemakanan yang tersendiri, adalah penting untuk diingat bahawa pemakanan yang mencukupi memberi manfaat kepada semua orang. Pemakanan yang baik meningkatkan daya tahan terhadap jangkitan dan penyakit, meningkatkan tenaga, dan menjadikan seseorang lebih kuat dan lebih produktif secara keseluruhan.

 

Reference

  1. Organization WH. Progress report on HIV, viral hepatitis and sexually transmitted infections 2019: accountability for the global health sector strategies, 2016–2021. World Health Organization; 2019.
  2. Ali Q, Parveen S, Yaacob H, Zaini Z, Sarbini NA. COVID-19 and dynamics of environmental awareness, sustainable consumption and social responsibility in Malaysia. Environmental Science and Pollution Research. 2021:1-20.
  3. Visser ME, Durao S, Sinclair D, Irlam JH, Siegfried N. Micronutrient supplementation in adults with HIV infection. Cochrane Database Syst Rev. 2017;5(5):CD003650-CD.
  4. Organization WH. Nutrient requirements for people living with HIV. 2004.
Dr. Vishnu Raj .S

Vishnu Raj

Saya adalah Dokter perubatan ( MD, Hasanuddin University), pemegang ijazah sarjana Masters in Public Health (MPH, University of Malaya) dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT NASC) yang berminat dalam sukan bina badan dan pemakanan sihat. Objektif utama saya adalah memerangi ” Fad Diet ” dan ” Bro Science ” dengan mengongsi artikel yang disokong oleh fakta dan bukti saintifik.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: