Penyakit Apa Yang Tidak Boleh Bersenam?

Sebagai seorang dokter perubatan saya sering dapat soalan daripada pesakit dan soalan yang sering ditanya adalah: “Dokter saya mempunyai penyakit kencing manis. Boleh tak saya bersenam kat gym?” Sebagai seorang doktor dan juga seorang CPT (Certified Personal Trainer) ini merupakan satu soalan yang sangat kompleks dan soalan ini hanya boleh dijawab dengan mengetahui anamnesa penuh pesakit ataupun dalam erti kata lain, sejarah penyakit pesakit tersebut. Artikel ini berfokus untuk memberi gambaran mengenai apakah itu intolerasi senaman dan dalam penyakit apa yang tidak boleh bersenam.Ramai antara kita pernah dengar mengenai intolerasi laktosa di mana individu mengalami simptom-simptom seperti cirit-birit atau muntah selepas minum susu atau makan produk tenusu atau produk lain yang mengandungi laktosa. Tahukah anda tentang intoleransi senaman? Intoleransi senaman ialah pengurangan keupayaan untuk bersenam pada tahap yang normal atau tahap yang biasa untuk umur dan saiz badan seseorang. Individu yang tidak bertoleransi untuk bersenam mungkin tidak dapat bersenam dengan cergas seperti sebelum mempunyai intoleransi senaman, atau mungkin cepat letih atau sesak nafas selepas atau sewaktu bersenam.Individu yang berbeza mampunyai tahap intoleransi senaman yang berbeza. Ada yang boleh mengambil bahagian dalam beberapa bentuk senaman namun terpaksa berhenti lebih awal berbanding dengan sesi yang sebelumnya. Faktor ini menjadi penyebab utama ramai yang tidak bersenam pada jangka waktu yang lama. (1)

Bukan itu sahaja, malahan intoleransi senaman tidak sama dengan seseorang yang mempunyai tahap kecergasan fizikal yang rendah. Ada juga individu yang tidak bersenam untuk seketika namun mendapat manfaat daripada aktiviti fizikal dan perlahan-lahan membina kekuatan mereka. Semakin lama kita terbiasa mengendalikan senaman, semakin banyak frekuensi senaman yang kita boleh lakukan dengan selesa. Sebaliknya, mereka yang mempunyai intoleransi senaman berusaha untuk membina semula toleransi ini. Faktor ini juga bergantung kepada punca intoleransi senaman, aktiviti fizikal boleh memburukkan gejala dan boleh memberi kesan yang negatif pada kesihatan. (1, 2)
Kursus Kecergasan 2025

 

Gejala atau tanda utama intoleransi senaman adalah ketidakupayaan yang konsisten untuk melibatkan diri dalam tahap aktiviti fizikal. Gejala- gejala ini adalah seperti berikut: –

  • Loya
  • Penat (fatique)
  • Sakit
  • Tercungap-cungap (shortness of breath)
  • Kejang otot
  • Pening
  • Kelesuan selepas bersenam (postexertional malaise (PEM))

Kelesuan selepas bersenam atau PEM adalah sama dengan intoleransi senaman kerana menghalang seseorang daripada bersenam secara fizikal. Malahan, intoleransi senaman menyulitkan keadaan untuk memulakan senaman. Individu boleh mengalami intoleransi senaman kerana mereka mempunyai kondisi kesihatan yang mengganggu peredaran darah, pernafasan, metabolisme atau tenaga. Jadual 1 menjelaskan jenis penyakit di mana individu tersebut tidak boleh bersenam.

 

 

 

 

Jadual 1: Penyakit dan punca intoleransi senaman.

Penyakit   Punca intoleransi senaman
Kencing Manis Kencing manis menjejaskan cara badan bertindak balas dan menggunakan glukosa, yang memberikan sel tenaga yang mereka perlukan untuk bekerja. Intoleransi senaman berkaitan diabetes berlaku kerana saluran darah tidak berfungsi sebagaimana mestinya, mengurangkan peredaran darah seseorang. Ini menjadikan ia mencabar bagi individu yang menghidap kencing manis untuk bersenam. (3)
Kegagalan jantung (heart failure) Individu yang mempunyai sakit jantung yang menjejaskan keupayaan jantung untuk mengepam darah boleh menyebabkan peningkatan kesukaran bersenam, namun intoleransi senaman merupakan simptom utama kegagalan jantung kronik. Kegagalan jantung berlaku apabila jantung tidak lagi dapat mengepam darah ke seluruh badan. Intoleransi senaman pada individu kegagalan jantung adalah lebih memudarat dan menyebabka risiko serangan jantung yang lebih tinggi. Jika doktor pakar yang merawat boleh menyiasat mekanisme dan punca gagal jantung namun individivu ini mampu boleh meningkatkan kapasiti untuk bersenam.(4)
Penyakit saluran pernafasan (Asma, chronic obstructive pulmonary disease (COPD) dan kanser paru-paru) Penyakit saluran pernafasan, seperti asma, penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) atau kanser paru-paru, boleh menyukarkan untuk individu yang terjejas mendapatkan oksigen yang mencukupi kerana keupayaan untuk bernafas yang berkurangan. Ini boleh menyebabkan intoleransi senaman dalam pelbagai peringkat, bergantung pada tahap keterukan gejala. Individu yang mengalami masalah pernafasan mungkin berasa sesak nafas atau pening apabila mereka bersenam. Aktiviti berat juga boleh mencetuskan gejala batuk, semput atau sesak di dada.(5)
Penyakit neuron motor Penyakit neuron motor adalah gejaa-gejala yang terjadi apabila otak dan saraf tidak dapat berkomunikasi dengan otot, menyebabkan masalah dengan pergerakan tubuh. Dari masa ke masa, ini membawa kepada otot yang menjadi semakin lemah, ketidakupayaan untuk bergerak serta peningkatan tahap keletihan. Beberapa contoh penyakit neuron motor termasuk multiple sclerosis dan amyotrophic lateral sclerosis. Gejala awal termasuk otot yang lemah, kekejangan dan kekejangan, keletihan, dan penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan.(6)
Sindrom keletihan kronik Myalgic encephalitis atau sindrom keletihan kronik (ME/CFS), menyebabkan kekurangan tenaga yang tidak pulih walaupun setelah berehat. Penyakit ini boleh menghalang individu daripada bersenam. Etiologi ME/CFS, tetapi sesetengah individu mendapati mereka mengalami gejala selepas penyakit virus atau selepas mengalami tekanan stress. Intoleransi senaman dan postexertional malaise adalah simptom utama ME/CFS. (7)
Miopati metabolik Miopati metabolik mempunyai keadaan genetik yang mempengaruhi cara tubuh menggunakan tenaga. Senaman yang banyak boleh menyebabkan otot rosak pada individu yang menderita penyakit ini dan proses ini dikenali sebagai rhabdomyolysis. Proses ini menyakitkan dan merosakkan buah pinggang. Terdapat banyak jenis miopati metabolik, tetapi banyak yang menyebabkan gejala yang sama, seperti intoleransi senaman yaitu kekejangan otot yang menyakitkan, masalah jantung dan air kencing berwarna seperti tea O pekat yang dikenali sebagai ‘tea coloured urine’. (8)
Sindrom selepas jangkitan kuman virus Keadaan ini adalah keletihan dan kelemahan yang berterusan selama beberapa minggu atau bulan selepas jangkitan kuman virus. Selepas pandemik COVID-19, ramai individu telah mengalami sindrom selepas jangkitan kuman virus berikutan jangkitan COVID 19. Kedua-dua sindrom selepas virus dan COVID 19 boleh menyebabkan sikap tidak bertoleransi terhadap senaman.(9)

 

Rawatan untuk intoleransi senaman bergantung kepada puncanya. Bagi beberapa individu yang terjejas, aktiviti fizikal mungkin berbahaya. Ada juga beberapa kes dimana individu yang bersenam dalam had tertentu mungkin mempunyai kesan yang positif. Langkah yang paling penting dalam menguruskan keletihan yang berterusan atau ketidakupayaan untuk bersenam ialah untk mendapatkan rawatan dengan doktor. Ia adalah sangat penting untuk mencari punca intoleransi senaman dan mencegah kondisi yang parah atau kematian. Di gym atau dimana-mana taman atau tempat rekriasi atau riadah jika anda terlihat sesiapa yang mangalami sakit dada, meremas, sakit atau rasa tegang di lengan, leher, atau rahang, kesukaran bernafas, bibir biru atau pucat, pengsan atau kehilangan kesedaran mohon menelefon talian kecemasan di 999 dengan segera.

Kesimpulannya, intoleransi senaman adalah gejala yang berkaitan dengan penyakit atau kondisi perubatan. Ia berlaku apabila badan tidak dapat menampung aktiviti fizikal disebabkan oleh gangguan dalam pernafasan, peredaran darah, pergerakan otot, atau tahap tenaga. Berjumpalah dengan dengan doktor jika sebarang gejala yang tidak dapat dijelaskan berlaku semasa atau selepas senaman atau aktiviti fizikal.

 

  1. Little WC, Borlaug BAJCHF. Exercise intolerance in heart failure with preserved ejection fraction: what does the heart have to do with it? : Am Heart Assoc; 2015. p. 233-5.
  2. Lecovin G, DC N, NASM-CPT C, PES W. ONLINE COURSES.
  3. Poitras VJ, Hudson RW, Tschakovsky MEJJoap. Exercise intolerance in Type 2 diabetes: is there a cardiovascular contribution? 2018;124(5):1117-39.
  4. Diller G-P, Dimopoulos K, Okonko D, Li W, Babu-Narayan SV, Broberg CS, et al. Exercise intolerance in adult congenital heart disease: comparative severity, correlates, and prognostic implication. 2005;112(6):828-35.
  5. Vogiatzis I, Zakynthinos SJCP. Factors limiting exercise tolerance in chronic lung diseases. 2012;2(3):1779-817.
  6. Spaas J, Goulding RP, Keytsman C, Fonteyn L, van Horssen J, Jaspers RT, et al. Altered muscle oxidative phenotype impairs exercise tolerance but does not improve after exercise training in multiple sclerosis. 2022;13(5):2537-50.
  7. Joseph P, Pari R, Miller S, Warren A, Stovall MC, Squires J, et al. Neurovascular dysregulation and acute exercise intolerance in ME/CFS: a randomized, placebo-controlled trial of pyridostigmine. 2022:S0012-3692 (22) 00890.
  8. Barel O, Shorer Z, Flusser H, Ofir R, Narkis G, Finer G, et al. Mitochondrial complex III deficiency associated with a homozygous mutation in UQCRQ. 2008;82(5):1211-6.
  9. Ferreira EVM, Oliveira RKJJBdP. Mechanisms of exercise intolerance after COVID-19: new perspectives beyond physical deconditioning. SciELO Brasil; 2021.

Dr. Vishnu Raj .S

Vishnu Raj

Saya adalah Dokter perubatan ( MD, Hasanuddin University), pemegang ijazah sarjana Masters in Public Health (MPH, University of Malaya) dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT NASC) yang berminat dalam sukan bina badan dan pemakanan sihat. Objektif utama saya adalah memerangi ” Fad Diet ” dan ” Bro Science ” dengan mengongsi artikel yang disokong oleh fakta dan bukti saintifik.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: