Insomnia Nov04

Kongsi

Insomnia

Insomnia merupakan masalah tidur dimana seseorang susah nak tidur, susah nak tidur lama, sentiasa bangun awal dan susah nak kembali tidur. Saya dapat inspirasi menulis tentang insomnia ini selepas tonton cerita Deep di Netflix. Filem menarik daripada Thailand yang mengisahkan peserta dibayar untuk eksperimen berapa lama boleh berjaga. Jika tertidur dalam eksperimen mereka akan mati.

Berapa lama keperluan tidur seseorang bergantung pada individu tersebut, akan tetapi kebanyakan dewasa perlukan sekitar 7 hingga 8 jam tidur. Ada masanya dalam hidup, kita mungkin berdepan dengan masalah insomnia sementara yang mungkin bertahan beberapa hari atau minggu. Ia mungkin disebabkan tekanan dan trauma. Masalahnya mungkin insomnia atau juga masalah kesihatan yang lain.

Jika insomnia anda menyebabkan anda sukar berfungsi sepenuhnya ketika siang, lebih baik jumpa doktor untuk kenal pasti masalah dan rawatannya.

Puncanya boleh jadi pelbagai. Insomnia kronik dipercayai hasil daripada tekanan dan gaya hidup. Tekanan boleh jadi daripada tempat kerja, sekolah, masalah kewangan, keluarga, PKP dan sebagainya. Insomnia juga boleh terbentuk disebabkan gangguan pada irama sirkadian yang berubah disebabkan perjalanan jauh, jadual kerja berubah seperti syif dan sebagainya. Irama ini berfungsi sebagai jam dalaman kita. Ia menentukan kitar bangun tidur, metabolism dan suhu badan kita.

Selain itu, habit tidur yang tak berkualiti. Kita mungkin tidak ada jadual tidur yang teratur. Masa tengok TV, main permainan video dan sebagainya yang tidak teratur. Menghadap telefon bimbit sebelum tidur juga boleh mengganggu kitaran tidur. Makan terlalu banyak di waktu malam juga boleh ganggu kualiti tidur untuk sesetengah orang. Ramai yang berdepan masalah heartburn apabila baring selepas makan.

Masalah insomnia kronik juga boleh disebabkan oleh masalah mental seperti kemurungan, post-traumatic stress disorder. Bangun terlalu awal juga boleh dikaitkan dengan depresi. Pengambilan ubat seperti antidepressant, asthma dan darah tinggi juga boleh menggangu kualiti tidur.

Ada banyak penyakit yang boleh dikaitkan dengan masalah sukar tidur seperti kanser, diabetes, sakit jantung, asthma, gastroesophageal reflux disease (GERD), overactive thyroid, Parkinson dan Alzheimer. Masalah dengkur, apnea juga mengganggu pernafasan kita ketika tidur dan menyebabkan tidak selesa tidur.Kursus Kecergasan 2021

Pengambilan stimulasi seperti kafein, nicotine dan alkohol menganggu sebahagian daripada kita untuk tidur lena. Pengambilan alkohol menyebabkan kita mudah tidur akan tetapi ia menghalang seseorang untuk dapat tidur berkualiti.

Insomnia menjadi kebiasaan apabila meningkat usia. Ia adalah disebabkan perubahan kitar tidur seseorang. Secara asas, mereka yang berusia juga memerlukan tidur yang sama sekitar 7 hingga 8 jam. Kebiasaannya, aktiviti mula berkurang apabila meningkat usia menyebabkan seseorang tambah nap atau tidur sebentar di siang hari, yang mana seterusnya mengganggu tidur di waktu malam. Meningkat usia juga berlakukan perubahan tahap kesihatan dimana mereka mula berdepan dengan masalah seperti arthritis, sakit pinggang dan sebagainya. Peningkatan keinginan untuk kencing disebabkan masalah prostat dan pundi kencing.

Jadi bagaimana mencegah masalah insomnia ini?

1. Pastikan masa tidur tetap termasuk hari cuti
2. Kekal aktif di siang hari
3. Periksa ubat anda ambil sekiranya jadi penyebab insomnia, minta doktor tukar jika ada pilihan
4. Elakkan atau limitkan nap di siang hari
5. Kurangkan pengambilan kafein
6. Berhenti merokok
7. Kurangkan menu besar sebelum tidur
8. Pastikan ruang bilik selesa untuk tidur

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 22 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube