Keletihan Adrenal

Adrenal fatigue atau keletihan adrenal, terma ini tidak diterima dalam kebanyakan cabang dunia perubatan termasuk endocrinologist sendiri. Tapi jom kita tengok, apakah yang dikatakan adrenal fatigue ini?

Ada masanya kita berasa sangat letih, kurang umph dalam kehidupan harian kita. Kita sentiasa rasa letih walaupun dah rehat. Adrenal fatigue digunakan untuk menggambarkan penggunaan berlebihan kelenjar adrenal. Kortisol dirembaskan oleh kelenjar adrenal dalam pengawalan tekanan darah. Bila berdepan dengan tekanan, lebih banyak kortisol di rembeskan. Keletihan adrenal digambarkan dengan pengeluaran kortisol secara berlebihan sehingga tak mampu lagi nak hasilkannya untuk mengoptimalkan fungsi badan.

James L. Wilson menggambarkan masalah ini dalam bukunya Adrenal Fatigue: The 21st Century Syndrome. Masalah yang biasa terjadi pada kita di abad ke 21 ini.

Antara simptom biasa keletihan adrenal adalah;

1. keletihan, bila bangun tidur
2. tekanan dan gangguan mood
3. peningkatan tenaga di waktu petang
4. keinginan makan makanan masin dan manis
5. ketagih kafein atau perangsang lain
6. sistem imunisasi yang teruk
7. isu kognitif
8. insomnia
9. kencing lebih kerap
10. berat naik
11. kurang libido
12. depresi

Tak semestinya berdepan semua simptom. Mungkin hanya sebahagian. Salah 1 penyebab yang mungkin juga adalah paras testosteron yang rendah. Sebagai contoh, seorang atlet dalam proses menurunkan berat badan dan kekal kekar, kurang lemak untuk 1 jangka masa yang lama, ada kemungkinan paras testosteronnya akan merosot.

Ada kajian yang menentang keletihan adrenal dimasukkan sebagai kategori diagnosis. Ada juga kajian yang kata ianya tak wujud. Tiada statistik jelas menunjukkan kemerosotan fungsi adrenal dan keletihan. Tak kurang juga kajian yang tunjuk kewujudannya. Jadi boleh kata, masih kategori kontroversi. Ia digunakan secara meluas dalam naturopath.

Tidak ada rawatan jelas bagaimana mengubatinya. Cuma ada remedi natural untuk ubah gaya hidup ke arah yang lebih baik seperti di bawah;

1. Ambil antioksidan
2. Tambah vitamin B dan C dalam diet
3. Tambah serat
4. Kurangkan makanan berminyak atau goreng. Ambil ikan sebagai sumber lemak yang baik
5. Elakkan preworkout yang ada perangsang seperti kafein
6. Elakkan minuman berkafein
7. Tidur awal dan cukup
8. Elakkan HIIT high intensity interval training atau angkatan maksima
9. Kurangkan tekanan
10. Tambahkan testosteron
11. Buat senaman kardio LISS low intensity steady state
12. Minum air mencukupi

Rujukan
Adrenal Fatigue: The 21st Century Syndrome: https://www.amazon.com/Adrenal-Fatigue-Century-Stress-Syndrome/dp/1890572152
Adrenal fatigue does not exist: a systematic review: https://bmcendocrdisord.biomedcentral.com/articles/10.1186/s12902-016-0128-4

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: