Kadar Nadi Yang Rendah di Kalangan Atlet

Ramai atlet atau individu yang mengamalkan gaya hidup yang aktif dan sihat pernah mengalami satu situsasi yang pelik dimana kadar nadi mereka adalah lebih rendah daripada yang biasa. Kondisi ini sering dipantau saat pemeriksaan kesihatan atau medical check-up? Adakah kadar nadi yang rendah di kalangan individu yang aktif merupakan keadaan yang normal?

Kadar nadi yang rendah di kalangan atlet atau individu yang aktif dikenali sebagai altletes bradiardia atau athletic heart syndrome (AHS). AHS merupakan suatu keadaan bukan patologi yang biasa dilihat dokalangan atlet dimana jantung mereka adalah lebih besar dan kadar denyutan jantung berehat (resting heart rate) adalah lebih rendah daripada individu biasa.(1) AHS terjadi akibat cardiac remodeling. Cardiac remodeling merujuk kepada perubahan dalam saiz, bentuk, struktur, dan fungsi jantung. Ini boleh berlaku akibat senaman atau selepas kecederaan pada otot jantung. (2)

Cardiac remodeling akibat senaman adalah keadaan yang normal. Malahan, cardiac remodeling yang terjadi akibat kecederaan pada otot jantung adalah keadaan yang abnormal atau dikenali sebagai pathological heart remodeling. Kecederaan ini biasanya disebabkan oleh serangan otot jantung (myocardial infarction) dan tekanan darah tinggi (hypertension). Tekanan darah yang kronik, penyakit jantung kongenital, dan penyakit jantung injap juga boleh menyebabkan cardiac remodeling.(2)

Kursus Kecergasan 2025

Individu yang mempunyai AHS tidak mempunyai sebarang gejala fizikal. Simptom yang sering dilihat adalah kadar denyutan jantung rehat yang rendah,bradikardia, kardiomegali (pembesaran otot jantung) dan hipertrofi jantung (penebalan otot jantung). Bradikardia adalah lebih perlahan daripada degupan jantung biasa, pada kira-kira 40-60 denyutan seminit. Kardiomegali ialah keadaan jantung yang membesar, dan hipertrofi jantung ialah penebalan dinding otot jantung, khususnya ventrikel kiri, yang mengepam darah beroksigen ke aorta. Individu dengan AHS selalunya tidak menyedari bahawa mereka mempunyai keadaan tersebut melainkan mereka menjalani ujian perubatan khusus seperti electrocardiogram (ECG), echocardiography atau X-ray dada. AHS adalah keadaan fisiologi badan yang normal.(3, 4)

Walaupun AHS adalah kondisi yang normal, setiap individu dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan yang berkala setiap 6 -12 bulan. Pemeriksaan kesihatan atau medical check-up yang termasuk electrocardiogram (ECG) dan eechocardiography adalah digalakkan. Pemeriksaan tekanan darah dan nadi boleh dilakukan secara kendiri dirumah dengan menggunakan smart watch atau portable blood pressure monitor (electronic sphygmomanometer).

 

  1. Huston TP, Puffer JC, Rodney WMJNEJoM. The athletic heart syndrome. 1985;313(1):24-32.
  2. Beaumont A, Grace F, Richards J, Hough J, Oxborough D, Sculthorpe NJSm. Left ventricular speckle tracking-derived cardiac strain and cardiac twist mechanics in athletes: a systematic review and meta-analysis of controlled studies. 2017;47:1145-70.
  3. Ellison GM, Waring CD, Vicinanza C, Torella DJH. Physiological cardiac remodelling in response to endurance exercise training: cellular and molecular mechanisms. 2012;98(1):5-10.
  4. Wang W, Zuniga M, Wang QJapa. CardioID: Mitigating the effects of irregular cardiac signals for biometric identification. 2022.
Dr. Vishnu Raj .S

Vishnu Raj

Saya adalah Dokter perubatan ( MD, Hasanuddin University), pemegang ijazah sarjana Masters in Public Health (MPH, University of Malaya) dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT NASC) yang berminat dalam sukan bina badan dan pemakanan sihat. Objektif utama saya adalah memerangi ” Fad Diet ” dan ” Bro Science ” dengan mengongsi artikel yang disokong oleh fakta dan bukti saintifik.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: