Besarnya Tangan Sebelah Atlet Gusti Lengan Ini!

Jeff Dabe seorang atlet gusti lengan profesional dari Amerika Syarikat

Bukan ahli bina badan sahaja yang biasanya mempunyai lengan yang besar. Mungkin anda belum melihat lengan-lengan para atlet gusti lengan profesional. Sungguh mengerikan! Sebagai permulaan, anda lihat sahaja ini:

Kursus Kecergasan 2024

Ini ialah Devon Larratt, atlet gusti lengan terkenal dari Kanada. Saiz lengan bawah (forearm) beliau ialah 38sm, manakala saiz bisepnya ialah 43.5sm.

Joe Rogan, seorang pengulas sukan bela diri campuran melalui satu podcast pernah bercerita perasaan beliau ketika pertama kali berjumpa dengan Devon Larratt. Kata beliau:

I’m telling you this guy.. the biggest fucking hand I’ve ever felt in my entire life. 

Berat badan Devon Larratt pun mencecah 130kg. Jadi, bukan sekadar lengan sahaja yang besar, tetapi seluruh tubuh juga besar. Ini adalah pola saiz atlet-atlet gusti lengan profesional.

Dalam artikel ini, saya akan bercerita kepada anda, dua atlet yang mempunyai genetik luar biasa. Pertama, Matthias Schlitte.

Matthias Schlitte ialah seorang atlet gusti lengan profesional dari Jerman. Beliau telah memenangi banyak kejohanan gusti lengan di peringkat Eropah mahupun di peringkat antarabangsa mengikut kategori berat badannya.

Kenapa tangan dia besar sebelah? Ini adalah sejenis gangguan tulang yang diwarisi secara genetik daripad keturunan. Bukannya beliau hanya bersenam tangan sebelah.

Gangguan tulang boleh hadir dalam bentuk tulang lembut (mudah retak dan patah), tulang besar (seperti Matthias) dan sebagainya.

Namun, apa yang kita dapat belajar daripada Matthias ialah sentiasa memanfaatkan pemberian Tuhan kepada kita. Jangan menganggap ia sebagai beban dan masalah, tetapi lihat kepada peluang yang ada dengan keadaan yang begitu.

Matthias tidak menganggap dirinya lain daripada orang lain. Dia menerima hakikat dan buat yang terbaik dalam sukan gusti lengan. Kalau set minda kita semuanya mengorek peluang, insya-Allah pasti kita akan berjaya seperti Matthias.

Kedua, kita telusuri pula kehidupan Jeff Dabe, seorang atlet gusti lengan profesional dari Minnesota, Amerika Syarikat. Beliau juga mempunyai gangguan tulang. Kedua-dua tangannya besar berbanding orang biasa.

Orang ramai suka menggelar beliau sebagai Popeye.

Timbul persoalan.

Adakah orang yang mempunyai tulang besar adalah orang yang kuat?

Jawabnya, tidak semestinya. Tulang besar membantu untuk elak daripada senang patah. Ia tidak semestinya menggambarkan kekuatan seseorang. Kekuatan itu tetap diuji dalam mengangkat beban dan sebagainya.

Ini kerana, bukannya Matthias dan Jeff menang dalam semua perlawanan gusti lengan. Mereka juga pernah kalah dengan “orang biasa”. Yang tulangnya tidak sebesar mereka.

Matthias pernah kalah dengan atlet dari Pakistan. Tonton video ini.

Jeff juga pernah kalah dengan atlet terkenal, Michael Todd. Ini videonya.

Ini memperlihatkan, tulang besar tidak semestinya membuatkan kita kuat, tetapi menurut kajian, ia mengelakkan kita daripada kecederaan.

Kesimpulannya, setiap keadaan badan kita adalah anugerah daripada Tuhan. Manfaatkan kelebihan dan terimalah kekurangan diri. Semua ini perlu difahami supaya ia boleh menjadi “leverage” kepada kejayaan kita.

Sadiq Salihoddin

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: