Kebaikan Puasa di Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan dikenali sebagai bulan berpuasa untuk umat Islam. Berpuasa dalam konteks ini bermatlamat demi memperingati Allah yang tidak pernah makan dan minum. Puasa merupakan salah satu rukan Islam. Setiap kali puasa, kita dapat lihat ramai meletakkan sasaran untuk kuruskan badan. Sesungguhnya, kita perlu memperbetul niat puasa kita, bukan bertujuan menurunkan berat badan demi menghadapi hari raya pertama. Kebiasaannya badan mula mengembang seperti belon selepas raya pertama. Dapat turun berat badan, ia adalah bonus. Dapat tambah kembali selepas raya, mungkin bonus berganda. Sebelum raya dapat bantuan rm500, selepas raya juga mungkin perlu bantuan untuk turunkan kembali berat badan. 😀

Apa Terjadi Pada Badan Apabila Puasa
Apa Terjadi Pada Badan Apabila Puasa

Apakah Kebaikan Berpuasa di Bulan Ramadhan?

1. Berpuasa Bantu Turunkan Paras Gula

Saban hari kita memaksa badan kita menerima gula. Minuman 3 dalam 1, sehari 10 cawan. Lepak kedai mamak, teh tarik 20 cawan. Puasa melatih badan kita memecahkan glukosa berlebihan. Mengurangkan produksi insulin. Merehatkan pankreas. Meningkatkan penghasilan glukagon. Insulin rendah, glukagon tinggi.

Diabetes Mellitus dirawat dengan Puasa

2. Berpuasa Membantu Mengurangkan Keradangan

Kajian menunjukkan, berpuasa mengurangkan keradangan seperti rheumatoid arthritis, masalah kulit seperti psoriasis dan sebagainya. Ada juga pakar mengatakan, puasa mengurangkan masalah keradangan penyakit bowel diseases, IBD atau juga dikenali sebagai ulcerative colitis.

3. Berpuasa Bantu Kurangkan Tekanan Darah

Puasa adalah kaedah tanpa ubat untuk menurunkan tekanan darah. Ia mengurangkan risiko atherosclerosis. Ia adalah proses pembentukan plak di arteri oleh lemak. Puasa berterusan memaksa badan menggunakan lemak sebagai sumber tenaga. Kadar Metabolik menurun, paras adrenaline dan noradrenaline berkurang. Ia menyebabkan kadar metabolik stabil.Kursus Kecergasan 2024

4. Puasa Bantu Tingkatkan Imunisasi

Puasa dikatakan mengurangkan toksin dan lemak di badan. Jika seseorang mengambil makanan yang betul ketika berbuka dan sahur, seperti pengambilan buah, badan lebih mudah menyerap vitamin dan mineral. Cuma masalahnya, setiap kali puasa, makan merapu. Berbuka dengan segala macam makanan yang boleh didapati di bazaar Ramadhan.

5. Puasa Bantu Kurangkan Ketagihan

Kajian membuktikan, bahawa puasa cara termudah mengawal ketagihan. Ketagihan termasuk ketagihan nicotine, alkohol, kafein dan sebagainya. Ambillah peluang ini untuk berhenti merokok.

Sangat banyak kalau nak senaraikan semua. Kebaikan lain seperti yang diketahui umum, menurunkan berat badan, menurunkan lemak, menurunkan paras kolesterol dan sebagainya.

Kebaikan Puasa

Umat Islam tidak berpuasa di bulan Ramadhan disebabkan kebaikan perubatannya yang mana merupakan bonus kepada kita. Ramadhan adalah bulan di mana kita melatih diri untuk dekat kepada Allah SWT. Dengan harapan, apa yang diamalkan dapat dibawah ke bulan-bulan seterusnya. Bulan ini dijanjikan dengan seribu kebaikan.

Walau bagaimanapun. Terdapat kes perlu dirujuk dahulu. Puasa menyebabkan pengurangan air. Ada kes teruk menyebabkan dehidrasi yang membawa kepada sakit kepala, jadi pencetus migrain. Perempuan mengandung, menyusukan anak, kekurangan nutrisi, mereka dengan masalah cardiac arrhythmias, masalah buah pinggang dan hati digalakkan mendapatkan nasihat pakar dahulu. Islam tidak membebankan umatnya dimana terdapat kelonggaran dan kaedah bagi menyempurnakan ibadat puasa. Mohon rujuk juga pada yang pakar.

ZK: Selamat Menyambut Ramadhan daripada saya. Semoga Ramadhan kali ini menjadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini. Rugi jika kita tidak menggunakan sepenuhnya bulan puasa ini. Siapa tahu, tahun ini merupakan Ramadhan terakhir.

Rujukan
http://www.soundvision.com/article/the-spiritual-and-health-benefits-of-ramadan-fasting/
http://mushpanjwani.com/2009/08/23/11-health-benefits-of-fasting/
http://www.webmd.com/diet/features/is_fasting_healthy/

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: