Berlari vs Berjalan
Berlari dengan berjalan tak sama daripada sudut biomekanik. Apa perbezaannya?
Berjalan akan jatuh tumit dahulu, manakala berlari akan jatuh lebih hadapan, daripada tengah tapak kaki dan akan lebih kehadapan apabila kelajuan meningkat. Bersentuhan dengan tapak sepenuhnya dan tidak memberi impak yang berbeza. Berjalan boleh kata setiap tapak bersentuhan dengan bumi, jadi ia beri impak yang baik kepada ketumpatan tulang, perbaik otot dan fungsi tendon. Ini dikatakan gait mechanism yang baik. Disebabkan itu, mereka yang tak pernah bersenam digalakkan buat brist walk berbanding berlari. Brist walk lebih beri impak positif jika baru mula bersenam.

Berlari dan berjalan juga tak guna sistem tenaga yang sama. Jalan menggunakan tenaga metabolik daripada karbohidrat dan lemak. Berbeza dengan berlari, tindakannya lebih bersifat impulsif dan melantun. Lutut tidak dikunci. Larian bergantung pada tendon achilles dan tendon lain untuk kitar semula tenaga impak. Dalam larian, badan tak gunakan otot untuk menolak badan daripada lantai seperti berjalan. Mereka bina apa yang dipanggil isometric-type tension untuk stabilkan tendon dan beri impak pergerakan. Pergerakan larian seperti spring ke hadapan.
1 lagi perbezaan jelas adalah lutut dikunci ketika berjalan dan tidak ketika berlari. Lebih banyak otot diperlukan untuk sokong sendi dalam larian. Ini adalah sebab, kenapa ramai pelari dengan gait larian tidak betul berdepan kecederaan lutut. Otot-otot yang digunakan pun berbeza sedikit disebabkan kedudukan badan, berjalan lebih tegak berbanding berlari.
Kalau nak kira daripada segi kalori, dah pasti berlari lebih banyak bakar kalori.




