Kekuatan Genggaman Penentu Tahap Kesihatan

Ada kajian menunjukkan kekuatan genggaman boleh jadi petanda aras kesihatan semasa dan di masa hadapan. Ia dikaitkan dengan kekuatan keseluruhn, ketumpatan tulang, kurang nutrisi, tekanan, masalah tidur, diabetes, penyakit-penyakit kronik lain seperti strok, sakit jantung, kanser, rthritis, masalah psikiatri, tekanan darah tinggi dan sebagainya.
Mekanism tepat belum diketahui. Hipotesis mencadangkan penuaan pramatang melalui DNA methylation. Apabila manusia semakin meningkat usia, ada penurunan dramatik otot dan kekuatan, dikenali sebagai sarcopenia. Penurunan otot, mengurangkan ketumpatan tulang dan menambah risiko jatuh, retak dan sebagainya.
Bagaimana genggaman yang dikatakan lemah? Ia boleh diuji menggunakan digital handrip dynamometer. Ia dikategorikan lemah apabila kekuatan lelaki kurang daripada 26kg dan perempuan 16kg. Jika ada perbezaan lebih 10 peratus kekuatan kiri dan kanan juga, ia menunjukkan anda ada masalah genggaman.
Kekuatan genggaman tangan dikaitkan dengan beberapa otot seperti flexor digitorum profundis dan flexor pollicis longus. Selain daripada 2 otot ini, ada lagi beberapa otot yang main secara tak langsung seperti extensor carpi dan sebagainya.
Bagaimana menguatkan genggaman? Ada banyak senaman boleh dibuat seperti farmer walk, deadlift tanpa strap, bergantung pada pull-up bar, guna fat grip, latih menggunakan hand gripper dan sebagainya.
Rujukan
- https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6778477/
- https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/36353822/
- https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/33497911/
- https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/34941610/
- https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/29150988/
- https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6304637/
- https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/29526916/
- https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4013148/