Tip Elak “Morning Sickness”

Saya tulis entri kali ini berikutan orang rumah saya mengandung dan alami mabuk bunting ataupun “morning sickness“. Saya cuba kumpulkan tip yang saya boleh jumpa untuk rujukan. Mabuk bunting atau hamil ini biasanya dialami pada trimester pertama kehamilan. Ia adalah rasa mual dan muntah ketika hamil.

Walaupun dipanggil “morning”, tapi gejala ini bukan hanya berlaku pada waktu pagi tapi boleh jadi bila-bila masa saja. Kebiasaannya mabuk bunting ini akan hilang selepas trimester pertama. Ada juga kes teruk yang boleh mengancam nyama. Ia dikenali sebagai hyperemeis gravidum. Jika alahan anda teruk, anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor.

1. Air Masak

Minum air masak secukupkan untuk atasi rasa mual dan muntah. Ia juga dapat bantu anda berdepan masalah dehidrasi dan meningkatkan sistem pencernaan.

2. Halia

Halia meningkatkan sistem pencernaan dan mengurangkan asid dalam perut. Anda boleh minum teh halia dengan madu setiap pagi.

3. Daun Pudina

Ia mengandungi methanol yang boleh elakkan rasa mual. Minum teh pudina dengan tambahan daun pudina kering setiap pagi. Anda juga boleh titikkan pati pudina ke sapu tangan dan hidu bila rasa nak muntah.

4. Lemon

Buah lemon ada aroma yang menenangkan. Anda boleh masukkan lemon ke dalam air dengan tambahan gula atau madu dan minum setiap pagi.

5. Oat

Minum dengan susu setiap jam jika anda berselera dengan oat.

6. Cuka Epal

Cuka epal pH neutral. Ia boleh buat asid gastrik dalam perut lebih stabil. Anda boleh ambil dengan madu setiap pagi. Selain cuka epal, anda boleh gantikannya dengan minyak kelapa dara (VCO).

7. Brokoli

Brokoli kaya dengan asid folik yang bantu redakan rasa mual. Jika tidak, anda juga boleh mengambil bayam. Paling kurang, dapatkan makanan tambahan asid folik dengan nasihat doktor anda.

8. Yogurt

Yogurt kaya dengan vitamin B12. Prebiotik ini boleh diambil dengan buah segar. Dalam masa sama tingkatkan juga pengambilan vitamin B6. Makanan kaya vitamin B6 seperti beras perang, avokado, pisang, ikan dan kekacang.

9. Kiwi

Kiwi, pisang, dan beri biru dapat bantu anda hilang rasa mual.

10. Biji Cengkih

Masukkan biji cengkih dalam teh madu atau dalam masakan harian anda.

11. Elakkan Tekanan

Tekanan boleh menyebabkan alahan anda jadi lebih teruk. Cuba kurangkan kerja atau bahagi masa dengan lebih efektif. Luangkan masa untuk berehat dan bermeditasi.Kursus Kecergasan 2021

12. Jauhkan Diri dari Rokok

Rokok sangat bahaya untuk ibu mengandung. Ia boleh menyebabkan risiko kelahiran pramatang dan kecacatan. Ia juga merupakan faktor risiko sudden deatch infant syndrome (SIDS). Hirup udara segar. Jika suami seorang perokok, suruh dia tidur luar.

13. Air Manis dan Sejuk

Elakkan air manis dan sejuk. Elakkan juga alkohol jika anda minum alkohol.

14. Pemilihan Makanan

Pemilihan makanan penting untuk kurangkan rasa loya. Elakkan makanan berminyak, berlemak dan pedas. Pilih makanan tinggi kandungan protein dan karbohidrat, rendah lemak dan mudah dicerna.

15. Makan Kerap

Elakkan makan terlalu banyak dalam satu masa. Lebih baik tambah kekerapan makan. Makan secara perlahan dan ambil masa mengunyah makanan anda.

Setakat ini tip yang saya dapat kumpulkan. Jika anda ada tip menarik dan berkesan, boleh kongsi dengan saya dalam proses membantu saya juga. Terima kasih.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: