Kenapa Selalu Rasa Sejuk?

Kenapa selalu rasa sejuk?

Ia mungkin gejala hypothyroidism. Hypothyroidism adalah situasi di mana kelenjar tiroid seseorang kurang menghasilkan hormon tiroid mengikut keperluan badan. Tiroid menentukan kadar metabolism kita. Kalau tiroid terlalu rendah, kebanyakan fungsi badan merosot.

Kemerosotan tiroid mungkin bawa kesan pada;

* perkembangan otak
* pernafasan
* jantung dan sistem saraf
* suhu badan
* Kekuatan otot
* kulit kering
* kitar period
* berat badan
* paras kolestrol

Kursus Kecergasan 2021

Simptom yang biasa dihadapi termasuk;

* keletihan
* berat bertambah
* tak tahan suhu sejuk
* kadar dengupan jantung, pergerakan, percakapan menjadi perlahan
* sakit sendi dan otot, kejang
* sembelit
* kulit kering
* rambut dan kuku menipis
* kurang berpeluh
* rasa mencucuk
* period yang berat atau menorrhagia
* tinggi kolestrol
* rasa lemah
* muka, tangan, kaki sembab
* insomnia
* masalah keseimbangan dan koordinasi
* jangkitan salur kencing dan pernafasan
* anemia
* kemurungan

Tiada rawatan jelas lagi untuk hypothyroidism, cuma biasanya diberi hormon tiroid sintetik. Kebanyakannya boleh dikawal.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: